Berita Berita
Budak autisme 6 tahun lemas dipukul ombak ketika bermain di Pantai Kuala Kerteh
CHUKAI 6 Ogos - Kegembiraan seorang kanak-kanak lelaki autisme bermain pasir di gigi pantai berakhir dengan tragedi apabila dia ditemukan lemas selepas dipercayai dihanyutkan ombak di Pantai Kuala Kerteh, petang Rabu.
Mangsa, Muhammad Syahmi Farhan Mohd Firdaus, 6, dari Kerteh, ditemukan oleh orang awam yang turut membantu operasi mencari dan menyelamat pada jam 5.43 petang.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh, Pegawai Bomba Tinggi II Mokhtar Dollah berkata, mangsa ditemukan kira-kira 30 meter dari lokasi terakhir dia dilihat bermain sebelum disedari hilang.
"Sebanyak lapan anggota dan seorang pegawai bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 3.43 petang.
"Anggota bomba menjalankan operasi pencarian menggunakan teknik pencarian di permukaan air pada jarak kira-kira 30 meter dari pantai di sekitar lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Menurut Mokhtar, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi.
Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan bedah siasat.
Berita berkaitan
August 6, 2026, 1:44 pm
Bekas calon PH DUN Rantau, isteri didakwa kendali klinik tidak berdaftar
August 6, 2026, 12:51 pm
'Jiran kata dia pukul anjing sampai terberak', pemilik kongsi cara Rocky ditangkap
August 6, 2026, 12:14 pm
BN mahu kekal tanding 21 kerusi di Melaka, terbuka runding dengan parti lain - Ahmad Zahid
August 6, 2026, 10:42 am
'Orang ramai akan sokong Anwar jika henti guna perkataan 'kuil haram' - MAHIMA
August 6, 2026, 10:22 am
Pencuri tabung masjid 5 tahun dipenjara 69 bulan
August 6, 2026, 8:02 am
