Berita Berita
Pemotong rumput jumpa mayat lelaki bersama motosikal dalam longkang di WCE, misteri kehilangan sejak seminggu lalu akhirnya terungkai
IPOH 6 Ogos - Misteri kehilangan seorang lelaki sejak 29 Julai lalu terjawab selepas satu rangka manusia ditemukan di dalam longkang di Kilometer 155.7 Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) arah selatan dekat Bagan Datuk, Perak, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintenden Mohammad Ali Mohd Jali berkata, penemuan itu dibuat oleh pekerja pembersihan yang sedang menjalankan kerja memotong rumput di kawasan berkenaan selepas terhidu bau busuk.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terbabit dalam kemalangan ketika menunggang motosikal sebelum terjatuh ke dalam longkang di lokasi kejadian.
"Berdasarkan maklumat awal yang diterima, ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal seorang diri dari arah Teluk Intan menuju ke Sabak Bernam sebelum hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan.
"Mangsa tidak menerima sebarang bantuan sehingga kejadian itu disedari oleh orang awam," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Beliau berkata, selain motosikal, beberapa barangan peribadi dipercayai milik mangsa turut ditemui bersama rangka berkenaan termasuk telefon bimbit, pasport warga Malaysia dan wang tunai.
Hasil semakan lanjut mendapati ahli keluarga mangsa sebelum ini telah membuat laporan kehilangan di Balai Polis Teluk Intan pada Rabu.
"Berdasarkan siasatan awal, rangka manusia tersebut dipercayai milik seorang lelaki Melayu berusia 35 tahun yang dilaporkan hilang sejak 29 Julai lalu,” katanya.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Normah Abu Hassan di talian 010-5364619.
Berita berkaitan
August 7, 2026, 11:48 am
Guru sekolah agama didakwa lapan pertuduhan amang seksual, cabul pelajar lelaki
August 7, 2026, 11:42 am
Juruwang cemas diacu pisau, kedai serbaneka disamun di Jasin
August 7, 2026, 11:23 am
Saifuddin arah siasatan telus tragedi renjatan elektrik ragut 3 nyawa polis
August 7, 2026, 11:16 am
Pelajar kolej dituduh bunuh bayi baru lahir di Kluang
August 7, 2026, 9:52 am
Ismail Sabri masuk IJN, kemungkinan akan didakwa di hospital
August 7, 2026, 8:50 am
70,000 pil ekstasi lolos, PDRM diarah ambil alih kawalan keselamatan KLIA ganti polis bantuan
August 6, 2026, 9:45 pm
Ismail Sabri akan didakwa esok, pertuduhan bawah Akta SPRM
August 6, 2026, 9:17 pm
