Berita Berita
Pelajar kolej dituduh bunuh bayi baru lahir di Kluang
KLUANG, 7 Ogos — Seorang pelajar kolej berusia 19 tahun, Nurshazwen Mohd Idris dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kluang hari ini atas pertuduhan membunuh bayi perempuan yang baru dilahirkannya di Taman Setia Mutiara pada 29 Julai lalu.
Tiada sebarang pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Nurasidah A Rahman kerana kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara sehingga 40 tahun beserta sebatan.
Kesalhan berkenaan terbongkar selepas tertuduh dirawat di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) sebelum pihak polis menemui mayat bayi dengan kesan tikaman di dalam mangkuk tandas rumah sewa berkenaan, manakala tertuduh rupanya mengandung anak kembar dan telah selamat melahirkan bayi kedua di hospital.
Pihak pendakwaan yang dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nik Noratini Nik Aznan tidak menawarkan sebarang jaminan dan mahkamah menetapkan 8 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes bagi menanti laporan bedah siasat serta laporan kimia.
Berita berkaitan
October 5, 2026, 8:11 pm
'Yang tak bayar syarikat, yang diminta letak jawatan menteri' - Anthony Loke
October 5, 2026, 5:42 pm
Janji manis nak kahwin, lebih 1,000 wanita Kelantan jadi mangsa warga asing daftar kenderaan - JPJ
October 5, 2026, 5:20 pm
Komitmen di AKPS, Shuhaily terpaksa tolak pelantikan FAM
October 5, 2026, 4:56 pm
Tiada maaf lagi, ‘mat rempit’ bakal berdepan hukuman penjara mulai 1 November - JPJ
October 5, 2026, 4:04 pm
Isu Rohingya kini ‘bom jangka’, boleh bertukar ‘bom nuklear’ - Syed Saddiq
October 5, 2026, 2:57 pm
Bedah siasat sahkan Irene Sofiya maut akibat trauma tumpul di kepala
October 5, 2026, 2:30 pm
Bot bawa 65 migran Bangladesh secara haram ke Malaysia hanyut tengah laut
October 5, 2026, 1:09 pm
CCTV wajib di ‘blind spot’, pelajar tak boleh dibiarkan tanpa pengawasan – Armada
October 5, 2026, 12:57 pm
