Berita Berita
Guru sekolah agama didakwa lapan pertuduhan amang seksual, cabul pelajar lelaki
BUTTERWORTH, 7 Ogos — Seorang guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) berusia 52 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lapan pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan mencabul kehormatan beberapa pelajar lelaki.
Tertuduh, Ahmad Fahmi Haron bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ooi Sheow Yean.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 kerana melakukan amang seksual fizikal ke atas seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun di sebuah sekolah di Seberang Perai Utara (SPU) antara April hingga Mei 2024.
Bagi pertuduhan kedua hingga kelapan, dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabul kehormatan enam pelajar lelaki berusia antara 13 hingga 17 tahun di bilik dan kantin sekolah berkenaan antara Mei 2023 hingga Januari 2026.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Amira Ruzaini Wan Abdul Razak, manakala peguam Muhd Nazreev Mohd Najeeb memohon jaminan dengan alasan anak guamnya telah dipindahkan ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) SPU.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM45,000 dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan.
Berita berkaitan
August 7, 2026, 11:42 am
Juruwang cemas diacu pisau, kedai serbaneka disamun di Jasin
August 7, 2026, 11:23 am
Saifuddin arah siasatan telus tragedi renjatan elektrik ragut 3 nyawa polis
August 7, 2026, 11:16 am
Pelajar kolej dituduh bunuh bayi baru lahir di Kluang
August 7, 2026, 9:52 am
Ismail Sabri masuk IJN, kemungkinan akan didakwa di hospital
August 7, 2026, 8:50 am
70,000 pil ekstasi lolos, PDRM diarah ambil alih kawalan keselamatan KLIA ganti polis bantuan
August 6, 2026, 9:45 pm
Ismail Sabri akan didakwa esok, pertuduhan bawah Akta SPRM
August 6, 2026, 9:17 pm
