Berita Berita
Tiga anggota polis dipercayai terkena renjatan elektrik ketika jolok kelapa guna galah besi
BEAUFORT 6 Ogos - Tiga anggota polis maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika cuba menjolok buah kelapa menggunakan galah besi dalam kejadian di Kampung Weston, Beaufort, petang Khamis.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.50 petang itu, ketiga-tiga mangsa yang bertugas di Balai Polis Weston dikenal pasti sebagai Chiu Teck Siong, 40; Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, 29; dan Muhammad Raimi Ismarubee, 26. Mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Pisar Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.56 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort dikejarkan ke lokasi yang terletak kira-kira 28 kilometer dari balai.
Katanya, berdasarkan maklumat awal, ketiga-tiga mangsa dipercayai terkena renjatan elektrik ketika menggunakan galah besi untuk menjolok buah kelapa.
"Menurut maklumat awal terdapat tiga mangsa merupakan anggota polis terkena renjatan elektrik di lokasi kejadian.
"Menurut saksi, mangsa menjolok buah kelapa menggunakan penjolok besi dan terkena kabel elektrik.
"Orang awam yang berada di lokasi bertindak melakukan pemadaman menggunakan dua alat pemadam api jenis serbuk sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, pasukan bomba memasang sawar keselamatan dan menjalankan penilaian keadaan sebelum pasukan Sabah Electricity memutuskan bekalan elektrik di kawasan berkenaan.
"Pasukan Sabah Electricity berjaya memotong bekalan elektrik di kawasan kejadian dan pasukan bomba serta polis segera mengangkat mangsa.
"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Menurut Mohd Pisar, operasi ditamatkan selepas pihak bomba memastikan kawasan kejadian selamat dan tiada lagi risiko bahaya.
Berita berkaitan
August 7, 2026, 11:48 am
Guru sekolah agama didakwa lapan pertuduhan amang seksual, cabul pelajar lelaki
August 7, 2026, 11:42 am
Juruwang cemas diacu pisau, kedai serbaneka disamun di Jasin
August 7, 2026, 11:23 am
Saifuddin arah siasatan telus tragedi renjatan elektrik ragut 3 nyawa polis
August 7, 2026, 11:16 am
Pelajar kolej dituduh bunuh bayi baru lahir di Kluang
August 7, 2026, 9:52 am
Ismail Sabri masuk IJN, kemungkinan akan didakwa di hospital
August 7, 2026, 8:50 am
70,000 pil ekstasi lolos, PDRM diarah ambil alih kawalan keselamatan KLIA ganti polis bantuan
August 6, 2026, 9:45 pm
