Berita Berita
Saifuddin arah siasatan telus tragedi renjatan elektrik ragut 3 nyawa polis
KOTA KINABALU, 7 Ogos — Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengarahkan siasatan menyeluruh dan telus dijalankan berhubung tragedi renjatan elektrik yang meragut nyawa tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Beaufort, Sabah semalam.
Ketiga-tiga mangsa yang terkorban dikenali sebagai Koperal Mohamad Nur Hafiz Ibrahim, Koperal Chiu Teck Siong, dan Konstabel Muhammad Raimi Ismarubee.
Kejadian berlaku kira-kira jam 5.50 petang di luar Balai Polis Weston apabila kesemua anggota berkenaan dipercayai terkena renjatan elektrik sewaktu mengalihkan galah besi sepanjang 29 kaki yang digunakan untuk mengait kelapa.
Menerusi hantaran di Facebook, Saifuddin menyampaikan ucapan takziah serta menyifatkan pemergian mereka sebagai satu kehilangan besar buat KDN, di samping mendesak sebarang kelemahan ditangani serta-merta supaya insiden sama tidak berulang.
Berita berkaitan
August 7, 2026, 11:48 am
Guru sekolah agama didakwa lapan pertuduhan amang seksual, cabul pelajar lelaki
August 7, 2026, 11:42 am
Juruwang cemas diacu pisau, kedai serbaneka disamun di Jasin
August 7, 2026, 11:16 am
Pelajar kolej dituduh bunuh bayi baru lahir di Kluang
August 7, 2026, 9:52 am
Ismail Sabri masuk IJN, kemungkinan akan didakwa di hospital
August 7, 2026, 8:50 am
70,000 pil ekstasi lolos, PDRM diarah ambil alih kawalan keselamatan KLIA ganti polis bantuan
August 6, 2026, 9:45 pm
Ismail Sabri akan didakwa esok, pertuduhan bawah Akta SPRM
August 6, 2026, 9:17 pm
