TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ismail Sabri akan didakwa esok, pertuduhan bawah Akta SPRM

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 6 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok berkaitan kes di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Bera itu akan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin pada jam 9 pagi.

Kes berkenaan dipercayai berkaitan isu pengisytiharan harta yang dibuat Ismail Sabri kepada SPRM.

Sebelum ini, Ismail Sabri telah beberapa kali dipanggil SPRM bagi membantu siasatan termasuk memberi keterangan berkaitan pengisytiharan harta berkenaan.

SPRM sebelum ini turut merampas wang tunai berjumlah RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan beliau.

Rampasan itu dibuat hasil penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan “rumah selamat”, susulan siasatan terhadap empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025.

+ - reset