Berita Berita
MP Kepong tawar ganjaran RM5,000 tangkap suspek bakar wanita di kedai nombor ekor
KUALA LUMPUR 10 Ogos - Ganjaran RM5,000 ditawarkan Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng kepada individu yang mempunyai maklumat sahih sehingga membawa kepada penangkapan lelaki yang dipercayai menyimbah petrol ke atas seorang wanita berusia 62 tahun sebelum membakarnya di Taman Pusat Kepong, semalam.
Lim berkata, tindakan menyimbah bahan api ke atas mangsa sebelum membakarnya merupakan perbuatan kejam dan mengejutkan yang tidak boleh dipandang ringan.
"Kejadian menyimbah bahan api ke atas seorang wanita dan membakarnya ialah tindakan kejam yang amat mengejutkan.
“Individu yang bertanggungjawab mesti dicari, ditangkap dan dihadapkan ke muka pengadilan dengan ketegasan undang-undang sepenuhnya," katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Serangan itu berlaku di luar sebuah kedai nombor ramalan di Taman Pusat Kepong, dengan mangsa dilaporkan mengalami kecederaan melecur pada hampir separuh badan.
Menurut laporan polis, siasatan awal mendapati wanita berkenaan tidak mempunyai musuh dan tidak pernah menerima sebarang ancaman sebelum kejadian.
Lim berkata, ganjaran berkenaan ditawarkan bagi membantu polis mengesan dan menangkap suspek yang masih bebas.
“Bagi membantu siasatan polis, saya menawarkan ganjaran RM5,000 untuk maklumat kredibel yang membawa kepada penangkapan suspek itu.
"Sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Amri Firdaus Jusoh di talian 010-9198209, Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di talian 03-40482222, atau balai polis berhampiran dengan segera.
“Orang ramai diminta untuk tidak menghampiri atau berdepan sendiri dengan suspek," katanya lagi.
Berita berkaitan
August 10, 2026, 4:13 pm
JPN sahkan anak lelaki warga Bangladesh layak miliki MyKad
August 10, 2026, 3:54 pm
Myanmar sedia bawa pulang 5,000 pelarian menggunakan kapal - Tok Mat
August 10, 2026, 3:01 pm
Rafizi dakwa Kerajaan Madani gagal bayar penuh komitmen pulihkan Tabung Haji
August 10, 2026, 2:53 pm
Polis serbu penempatan warga asing buru suspek rogol wanita OKU
August 10, 2026, 2:49 pm
Polis tumpaskan sindiket culik warga asing, dua suspek ditembak mati
August 10, 2026, 2:44 pm
Jangan biarkan kelompok ekstremis rosakkan perpaduan - Kor Ming
August 10, 2026, 1:17 pm
Kes rogol OKU: PDRM beri amaran rakyat Malaysia jangan ambil tindakan sendiri terhadap warga asing
August 10, 2026, 11:48 am
