Berita Berita
Polis tumpaskan sindiket culik warga asing, dua suspek ditembak mati
KUALA LUMPUR, 10 Ogos — Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman berjaya menyelamatkan empat warga asing yang menjadi mangsa sindiket penculikan tebusan, manakala dua suspek ditembak mati di Taman Amira, Telaga Batu, Alor Setar, Kedah, Jumaat lalu.
Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk M Kumar S Muthuvelu berkata, insiden tembak-menembak berkenaan berlaku selepas suspek enggan menyerah diri, sekali gus membolehkan polis menyelamatkan seorang lelaki warga Singapura berusia 72 tahun dan seorang wanita warga China berusia 33 tahun dari lokasi penahanan.
"Siasatan awal mendapati mangsa lelaki Singapura itu telah dilaporkan hilang sejak 26 Julai lalu selepas keluar ke Pulau Pinang, sebelum menghantar pesanan suara kepada keluarga pada 4 Ogos memaklumkan beliau dikurung dan diminta membayar tebusan SGD1 juta.
"Manakala mangsa wanita warga China pula mendakwa diculik oleh kumpulan individu tidak dikenali pada 5 Ogos lalu sebelum dibawa dan dikurung di lokasi yang sama," katanya dalam sidang media hari ini.
Susulan operasi tersebut, polis turut menahan enam lagi suspek dalam siri serbuan berasingan di sekitar Kedah, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur. Kesemua mereka kini direman selama tujuh hari bermula 8 hingga 14 Ogos bagi membantu siasatan.
Beliau menambah, pihak polis tidak menolak kemungkinan kumpulan sindiket ini turut terlibat dalam beberapa kes penculikan warga asing lain di Malaysia.
Kes kini disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penculikan 1961, Seksyen 307 Kanun Keseksaan, serta Seksyen 3 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.
Berita berkaitan
August 10, 2026, 4:13 pm
JPN sahkan anak lelaki warga Bangladesh layak miliki MyKad
August 10, 2026, 3:54 pm
Myanmar sedia bawa pulang 5,000 pelarian menggunakan kapal - Tok Mat
August 10, 2026, 3:01 pm
Rafizi dakwa Kerajaan Madani gagal bayar penuh komitmen pulihkan Tabung Haji
August 10, 2026, 2:53 pm
Polis serbu penempatan warga asing buru suspek rogol wanita OKU
August 10, 2026, 2:44 pm
Jangan biarkan kelompok ekstremis rosakkan perpaduan - Kor Ming
August 10, 2026, 1:17 pm
Kes rogol OKU: PDRM beri amaran rakyat Malaysia jangan ambil tindakan sendiri terhadap warga asing
August 10, 2026, 11:48 am
PM Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari
August 10, 2026, 11:44 am
