TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

PM Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM, 10 Ogos — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang menjalani pemeriksaan kesihatan serta beberapa prosedur perubatan yang ditetapkan oleh pasukan pakar.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan bahawa Anwar dijangka berada di bawah pemantauan pihak hospital selama dua hari bagi tujuan berkenaan.

"Marilah kita mendoakan agar segala urusan pemeriksaan dan prosedur Perdana Menteri dipermudahkan serta dikurniakan keafiatan yang berpanjangan agar dapat kembali menjalankan tugas seperti biasa dalam masa terdekat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, beliau turut memohon ingatan doa daripada seluruh rakyat Malaysia agar semua urusan berkaitan kesihatan Perdana Menteri berjalan lancar.

+ - reset