Berita Berita
Myanmar sedia bawa pulang 5,000 pelarian menggunakan kapal - Tok Mat
PUTRAJAYA 10 Ogos - Kerajaan Myanmar menyatakan kesediaan untuk membawa pulang 5,000 pelarian negara itu menggunakan kapal, namun aspek keselamatan mereka perlu diberi keutamaan sebelum proses berkenaan dilaksanakan.
Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu dimaklumkan Menteri Luar Myanmar, Tin Maung Swe ketika pertemuan mereka baru-baru ini.
"Mereka menyatakan kesediaan untuk membawa pulang 5,000 (pelarian) ini dengan kapal. Tetapi isunya ialah keselamatan 5,000 orang ini.
"Apakah apabila kita hantar mereka balik, mereka selamat? Ataupun apa akan terjadi kepada mereka, itu perlu juga difikirkan,” kata beliau dalam sidang akhbar selepas menghadiri sambutan Hari ASEAN Ke-59, di sini pada Isnin.
Mohamad berkata, Malaysia telah mengenal pasti kesemua 5,000 pelarian berkenaan, namun tiada tempoh masa khusus ditetapkan setakat ini bagi proses penghantaran pulang.
Bagaimanapun, katanya, usaha berkenaan perlu disegerakan dengan mengambil kira keadaan dan keselamatan pelarian terbabit.
Sementara itu, beliau berkata isu pelarian dari Myanmar tidak seharusnya hanya dilihat daripada sudut etnik Rohingya kerana terdapat kumpulan etnik lain dari negara berkenaan yang turut menjadi pelarian, termasuk etnik Chin dan Karen.
Katanya, ASEAN turut memandang serius isu pelarian dari Myanmar yang perlu ditangani secara bersama oleh negara-negara anggota.
Mohamad menegaskan bahawa Konsensus Lima Perkara (5PC) perlu kekal menjadi teras mekanisme ASEAN dalam menangani krisis di Myanmar.
"Kita mahu supaya 5PC itu kekal menjadi teras mekanisme ASEAN terhadap Myanmar dan kita mahu supaya kerajaan Myanmar memenuhi hasrat ketua-ketua negara ASEAN kerana 5PC ini ditandatangani, dipersetujui oleh semua, termasuk oleh pemimpin Myanmar pada ketika itu.
"Jika ada apa-apa perubahan yang nak dibuat terhadap 5PC ini, mesti kembali semula ke meja perundingan dan dibawa diputuskan oleh ketua-ketua negara ASEAN itu sendiri,” kata beliau.
Berita berkaitan
August 10, 2026, 4:13 pm
JPN sahkan anak lelaki warga Bangladesh layak miliki MyKad
August 10, 2026, 3:01 pm
Rafizi dakwa Kerajaan Madani gagal bayar penuh komitmen pulihkan Tabung Haji
August 10, 2026, 2:53 pm
Polis serbu penempatan warga asing buru suspek rogol wanita OKU
August 10, 2026, 2:49 pm
Polis tumpaskan sindiket culik warga asing, dua suspek ditembak mati
August 10, 2026, 2:44 pm
Jangan biarkan kelompok ekstremis rosakkan perpaduan - Kor Ming
August 10, 2026, 1:17 pm
Kes rogol OKU: PDRM beri amaran rakyat Malaysia jangan ambil tindakan sendiri terhadap warga asing
August 10, 2026, 11:48 am
PM Anwar jalani pemeriksaan kesihatan, dipantau dua hari
August 10, 2026, 11:44 am
