TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Dunia

Rak jemuran jatuh dari langit hempas warga emas, penunggang motosikal

By
|
Kongsi
image

BANGKOK 12 OGOS – Sebuah rak jemuran baju terjatuh dari balkoni sebuah kondominium dan menghempas seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya yang juga warga emas di Soi Sukhumvit 24.

Insiden itu menyebabkan motosikal tersebut hilang kawalan lalu merempuh sebuah kereta yang berhenti dalam kesesakan lalu lintas.

Insiden berkenaan tular selepas pengguna Facebook, Suthipongse Heart Thatphithakkul, memuat naik rakaman video kejadian di akaun media sosialnya pada Ahad lalu.

Klip asal milik Thunvarat Patchwvy itu dikongsi dengan kapsyen yang menceritakan bahawa pemilik rak jemuran terbabit telah tampil bertanggungjawab serta membayar ganti rugi atas kerosakan yang berlaku.

Berdasarkan rakaman tersebut, penunggang motosikal yang membawa seorang penumpang warga emas sedang menyusuri jalan yang sibuk sebelum rak jemuran sarat dengan pakaian jatuh dari bangunan tinggi di atasnya. 
Hentaman secara tiba-tiba itu menyebabkan penunggang terbabas ke arah kereta berhampiran.

Meskipun kemalangan itu tidak melibatkan sebarang kecederaan parah atau kematian, kejadian tersebut membangkitkan kebimbangan awam mengenai risiko keselamatan objek jatuh dari bangunan tinggi di kawasan padat penduduk. 

+ - reset