TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Kenapa tak call polis', lelaki dipercayai pukul teman wanita di tepi jalan Seri Kembangan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 13 OGOS - Tular video di media sosial seorang lelaki dipercayai bertengkar dan memukul teman wanitanya di tepi jalan Seri Kembangan sehingga mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi rakaman seorang pengguna media sosial, lelaki itu masuk ke dalam kereta berwarna putih selepas ditegur oleh seorang individu yang kebetulan berada di lokasi kejadian.

Sejurus masuk ke dalam kenderaan, pengguna media sosial itu mendakwa lelaki tersebut telah menolak teman wanitanya sebelum memandu meninggalkan lokasi kejadian.

Rata-rata orang ramai menasihati agar pengguna media sosial yang merakam kejadian itu supaya membuat laporan polis.

"Bila macam ini awak jerit sahaja polis, polis," nasihat seorang pengguna.

"Telefon sahaja polis cakap ada pergaduhan, polis akan buat rondaan dan tanya orang sekeliling dekat situ. Mesti ada saksi tengok," jelas pengguna lain.

"Yang mana jumpa lelaki jenis macam ini tolong gerak awal," ujar seorang lagi pengguna.

+ - reset