Berita Viral
'Tak kira apa kaum' tindakan berani orang awam selamatkan 2 beradik dalam kebakaran di Klang
KLANG 13 OGOS – Tindakan pantas dan berani beberapa orang awam menyelamatkan dua kanak-kanak yang terperangkap dalam satu insiden kebakaran di kawasan kedai kediaman Bayu Klang mendapat pujian daripada warganet.
Insiden berkenaan tular selepas sebuah rakaman video yang memaparkan detik-detik cemas misi penyelamatan tersebut dimuat naik ke media sosial.
Dalam video bertulis "terima kasih abang baju belang selamatkan 2 adik beradik dalam kebakaran", kelihatan berkepul-kepul asap hitam keluar dari tingkap premis tingkat atas.
Berdasarkan video berkenaan, beberapa lelaki dilihat berganding bahu tanpa memikirkan keselamatan diri demi menyelamatkan mangsa.
Seorang lelaki berbaju belang dilihat memanjat papan tanda perniagaan dan tebing tingkap sebelum memecahkan cermin untuk memberi laluan keluar.
Manakala seorang lagi individu memanjat tangga besi yang disediakan di tepi bangunan bagi membantu mengeluarkan kanak-kanak berkenaan dari dalam ruang yang dipenuhi asap.
Kerjasama erat tidak mengira kaum di lokasi kejadian membolehkan kedua-dua kanak-kanak tersebut dibawa keluar dengan selamat sebelum diserahkan kepada orang ramai di bawah.
Sebaik sahaja mangsa berjaya dikeluarkan, lelaki berbaju belang yang berada di atas tebing bangunan berkenaan turut dilihat menanggalkan baju masing-masing untuk dijadikan pelindung pernafasan daripada kepulan asap tebal.
Meninjau ke ruangan komen di media sosial, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan menghargai keprihatinan serta keberanian luar biasa yang ditunjukkan oleh sekumpulan lelaki berkenaan.
Ramai menyifatkan tindakan pantas mereka sebagai wira yang tidak didendang kerana berani mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan insan lain sebelum pihak berkuasa tiba di lokasi kejadian.
Berita berkaitan
August 13, 2026, 8:13 am
'Kenapa tak call polis', lelaki dipercayai pukul teman wanita di tepi jalan Seri Kembangan
August 12, 2026, 5:25 pm
'Saya daripada atas', warga asing 'menganjing' rakyat Malaysia bila disoal datang dari mana
August 12, 2026, 9:35 am
Pemancing jumpa sekumpulan kucing terbiar kurus kering di tengah laut Klang
August 11, 2026, 11:06 am
Penumpang AirAsia mengamuk cuba buka pintu pesawat
August 11, 2026, 9:17 am
Penumpang wanita trauma pemandu e-hailing nak bergaduh masa bekerja
August 10, 2026, 5:53 pm
Detik cemas ibu dukung bayi berdepan penyamun di Batu Gajah
August 10, 2026, 1:44 pm
Wanita putus selera rakam aksi lelaki buang air kecil dalam restoran
August 10, 2026, 10:26 am
Pemandu nyaris kemalangan, sempat elak kereta pandu lawan arus di Kajang
August 7, 2026, 3:53 pm
