TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Guru direman, bantu siasatan amang seksual pelajar

By
|
Kongsi
image

KUALA TERENGGANU 16 OGOS - Seorang guru ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar Tingkatan Empat di sebuah sekolah menengah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, pada 12 Ogos lalu, kira-kira jam 4.04 petang, pihaknya menerima laporan daripada seorang pelajar sekolah menengah di daerah ini.

Menurutnya, dalam laporan itu, pelajar berkenaan memaklumkan bahawa pada 10 Ogos lalu, kira-kira jam 10.15 pagi, ketika berada di sebuah sekolah menengah di daerah ini, seorang lelaki yang dikenalinya, iaitu seorang guru, bertindak melakukan amang seksual fizikal terhadapnya.

Katanya, mangsa turut memaklumkan bahawa sebelum itu, guru terbabit beberapa kali melakukan amang seksual fizikal terhadapnya.

“Pada 13 Ogos lalu kira-kira jam 11.10 pagi, pihaknya melakukan tangkapan ke atas suspek iaitu seorang guru lelaki yang mengajar di sekolah di mana mangsa sedang belajar di sekolah itu.

“Permohonan tahanan reman terhadap suspek telah diperoleh di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu dan tempoh reman selama enam hari bermula 14 hingga 19 Ogos depan,” katanya.

Beliau berkata, satu kertas siasatan sudah dibuka mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan jika sabit kesalahan, boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi 20 tahun dan juga dihukum sebat.

Menurutnya, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

Katanya, pihaknya juga menasihati ibu bapa supaya memberi didikan awal berkenaan gangguan seksual dan memantau pergerakan harian anak-anak mereka.

+ - reset