Berita Berita
MARA gantung serta-merta petugas didakwa terlibat gangguan seksual
KUALA LUMPUR 16 OGOS – Majlis Amanah Rakyat (MARA) menggantung serta-merta tugas seorang pekerjanya susulan dakwaan salah laku gangguan seksual terhadap sekurang-kurangnya lapan pelajar di sebuah Institusi Pendidikan MARA (IPMa).
Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata tindakan itu bagi membolehkan siasatan menyeluruh dilakukan tanpa sebarang gangguan daripada pihak yang terlibat.
Beliau perkara itu terbongkar selepas menerima mesej secara terus daripada beberapa pelajar mendakwa menjadi mangsa, sebelum mengarahkan pengurusan MARA mengambil tindakan segera.
“Puas saya memujuk mereka agar buat juga laporan polis kerana ia membabitkan kes jenayah. Saya pelik pelajar tersebut lebih berani mengadu terus kepada saya berbanding pihak pengurusan,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.
Datuk Dr Asyraf Wajdi berkata MARA tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang perilaku songsang dan memberi jaminan tiada kes akan disorokkan atau didiamkan atas alasan menjaga nama baik institusi.
“Jangan takut buat laporan atas sebarang salah laku, terutamanya gangguan seksual. MARA tidak sesekali akan berkompromi perilaku songsang dan akan mengambil tindakan tegas termasuk buang kerja pihak yang terlibat,” katanya.
Berita berkaitan
August 16, 2026, 4:09 pm
Kerjasama PKR dengan UMNO-BN perlu demi kestabilan, kemakmuran rakyat - Anwar
August 16, 2026, 3:50 pm
PKSK Onboard, Jejak Wahyu manfaat teknologi jadikan pembelajaran lebih interaktif
August 16, 2026, 1:14 pm
Polis siasat kes gaduh babit warga asing
August 16, 2026, 1:08 pm
'DAP bukan parti Cina, tapi untuk semua rakyat Malaysia' - Anthony Loke
August 16, 2026, 9:39 am
Guru direman, bantu siasatan amang seksual pelajar
August 16, 2026, 8:58 am
Dua pemandu kereta jadi 'marsyal' konvoi supercar ditahan
August 15, 2026, 8:41 pm
