TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

5,000 peserta bakal hadiri perarakan Maulidur Rasul ke-11 MMYC

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 15 OGOS - Perarakan Maulidur Rasul kali ke-11 anjuran Malaysian Muslim Youth Club (MMYC) dijangka bakal menghimpunkan kira-kira 5,000 peserta. 

Perkara berkenaan dimaklumkan oleh Penasihat MMYC, Mohamed Azrin Anver Ali, bersama Presidennya, Mohamed Rifaie Shaik Alauddeen.

MMYC secara konsisten menganjurkan perarakan Maulidur Rasul di Malaysia bagi menyemarakkan sambutan kelahiran Nabi Muhammad SAW menjelang bulan Rabiulawal. 

Sambutan berkenaan bakal diisi dengan pelbagai acara seperti penyampaian hadis, ceramah agama, serta puji-pujian ke atas baginda sebagai lambang kasih dan kecintaan yang mendalam terhadap Rasulullah SAW.

Menurut Azrin, selain menzahirkan rasa cinta kepada baginda, tujuan utama perarakan ini diadakan adalah untuk memperkukuh tali silaturahim serta perpaduan dalam kalangan masyarakat Muslim India di negara ini. 

Beliau menambah bahawa penganjuran tahunan ini sentiasa mendapat sokongan padu daripada pelbagai organisasi Muslim India tempatan, sambil menyeru semua pihak untuk terus memberikan kerjasama bagi menjayakan acara berkenaan.

Sementara itu, Mohamed Rifai menjelaskan bahawa perarakan tersebut telah mendapat kelulusan pihak polis serta sokongan daripada badan bukan kerajaan (NGO) Islam di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). 

Laluan perarakan akan bermula dari Jalan Masjid India, melintasi Jalan Tun Perak, Leboh Ampang dan Jalan Dang Wangi sebelum berakhir semula di lokasi permulaan.

Beliau turut menyeru seluruh masyarakat Muslim India di Malaysia, termasuk pengurusan masjid, madrasah dan para pelajar untuk hadir beramai-ramai bagi menunjukkan semangat perpaduan sambil selawat ke atas Nabi SAW sepanjang laluan perarakan.

+ - reset