TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Polis siasat kes gaduh babit warga asing

By
|
Kongsi
image

AMPANG JAYA 16 OGOS - Polis menyiasat pergaduhan sekumpulan lelaki warga asing di sebuah restoran, di sini, jam 11 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, akibat pergaduhan itu, seorang lelaki cedera ringan di badan.

Ia turut menyebabkan kerosakan harta benda di premis berkenaan.

Susulan itu, beliau dalam kenyataan berkata, pihaknya menjalankan siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan, Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Terdahulu tular di media sosial, rakaman video memaparkan sekumpulan warga asing bergaduh di hadapan sebuah premis makanan.

+ - reset