Berita Berita
'Saya minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki' - Fahmi akui kelemahan dalam komunikasi dan penerangan PKR
MELAKA 16 Ogos - Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil hari ini memohon maaf kepada perwakilan dan pimpinan parti atas kelemahan serta kekurangan dalam melaksanakan tanggungjawabnya, yang disifatkannya memberi kesan negatif kepada parti dan kerajaan.
Fahmi yang juga Menteri Komunikasi dan Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, beliau mengambil serius pelbagai pandangan dan kritikan yang dilontarkan terhadap prestasinya, termasuk dalam aspek komunikasi dan penerangan.
“Saya nak ambil kesempatan sebagai ketua penerangan untuk memohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki kepada semua perwakilan delegasi pimpinan atas kekurangan, kelemahan, kealpaan, ketidaksempurnaan penyampaian sama ada komunikasi ataupun penerangan.
“Bagi pihak pasukan, saya mohon maaf,” katanya sambil menunduk ketika sesi penggulungan Kongres Kebangsaan PKR di sini hari ini.
PKR mengadakan persidangan parti termasuk melibatkan sayap sejak kelmarin.
Fahmi berkata, selepas membuat refleksi terhadap perkembangan yang berlaku, beliau menyedari PKR kini berdepan cabaran komunikasi dan penerangan yang berbeza berbanding sebelum ini.
Menurutnya, pengaruh emosi ketika ini dilihat jauh mengatasi realiti serta prestasi yang dicatatkan kerajaan.
“Emosi boleh mengalahkan prestasi,” katanya.
Beliau berkata kelemahan dalam aspek berkenaan turut memberi kesan terhadap parti, termasuk pencapaian PKR pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan baru-baru ini.
Fahmi berkata keadaan itu perlu diberi perhatian serius supaya kelemahan komunikasi dan penerangan tidak terus menjejaskan persepsi terhadap prestasi parti serta kerajaan.
Berita berkaitan
August 16, 2026, 5:21 pm
Anwar umum tambahan RM1 juta bagi setiap kawasan Parlimen, teliti kenaikan subsidi RON95 dan diesel
August 16, 2026, 4:09 pm
Kerjasama PKR dengan UMNO-BN perlu demi kestabilan, kemakmuran rakyat - Anwar
August 16, 2026, 3:50 pm
PKSK Onboard, Jejak Wahyu manfaat teknologi jadikan pembelajaran lebih interaktif
August 16, 2026, 2:51 pm
MARA gantung serta-merta petugas didakwa terlibat gangguan seksual
August 16, 2026, 1:14 pm
Polis siasat kes gaduh babit warga asing
August 16, 2026, 1:08 pm
'DAP bukan parti Cina, tapi untuk semua rakyat Malaysia' - Anthony Loke
August 16, 2026, 9:39 am
Guru direman, bantu siasatan amang seksual pelajar
August 16, 2026, 8:58 am
