Berita Berita
'Ini bukan satu keputusan yang mudah' - Anthony Loke serah kepada perwakilan DAP tentukan hala tuju dalam Kerajaan Perpaduan
PUTRAJAYA 16 Ogos - Perwakilan DAP hari ini diberi tanggungjawab untuk menentukan sama ada parti itu akan terus kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat tempoh pentadbiran atau kembali memainkan peranan sebagai kumpulan pendesak.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, keputusan berkenaan bukan sesuatu yang mudah dan perlu dibuat secara kolektif oleh perwakilan, bukannya hanya beberapa orang Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat Kebangsaan (CEC).
"Hari ini kita perlu membuat satu keputusan susulan daripada keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada tahun lalu, yang mana kita menghadapi kekalahan yang besar.
"Kita telah berbincang dalam CEC dan memutuskan supaya menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan sama ada parti terus berada dalam Kerajaan Perpaduan atau tidak.
"Sudah tentu apabila kita berada dalam kerajaan, ada kekangan, ada kelemahan yang perlu kita tanggung secara bersama" katanya semasa berucap di Persidangan Parti DAP 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Mengulas lanjut, Loke berkata, DAP perlu menanggung bersama segala keputusan kerajaan yang tidak popular memandangkan parti itu merupakan sebahagian daripada kerajaan.
"Sudah tentu ada pelbagai cabaran dan masalah yang perlu kita hadapi, di mana kita mendapat pelbagai kritikan, pandangan, malah ada undi protes terhadap parti.
"Jadi pada hari ini kita nak tentukan, sama ada hala tuju kita kekal dalam kerajaan sehingga tamat tempoh, untuk terus kita melaksanakan tugas kita, cuba untuk kita mempengaruhi dan juga membawa perubahan dan reformasi yang kita janjikan.
"Atau kita memainkan peranan sebagai pressure group (kumpulan pendesak) dalam kerajaan iaitu kembali kepada backbenchers," katanya.
Menteri Pengangkutan itu berkata, penyertaan DAP dalam Kerajaan Persekutuan ketika ini merupakan kali kedua bagi parti berkenaan.
Katanya, kali pertama DAP berada dalam Kerajaan Persekutuan ialah pada tahun 2018, namun pentadbiran berkenaan hanya bertahan selama 22 bulan.
Menurutnya, tempoh penyertaan DAP dalam Kerajaan Persekutuan kali ini yang lebih panjang juga merupakan satu pencapaian bagi parti itu.
"Ini kali kedua kita berada dalam kerajaan lebih lama daripada kali pertama. Ini pun satu pencapaian. Kita berada dalam kerajaan hampir tiga tahun lapan bulan sekarang," katanya.
Berita berkaitan
August 16, 2026, 4:09 pm
Kerjasama PKR dengan UMNO-BN perlu demi kestabilan, kemakmuran rakyat - Anwar
August 16, 2026, 3:50 pm
PKSK Onboard, Jejak Wahyu manfaat teknologi jadikan pembelajaran lebih interaktif
August 16, 2026, 2:51 pm
MARA gantung serta-merta petugas didakwa terlibat gangguan seksual
August 16, 2026, 1:14 pm
Polis siasat kes gaduh babit warga asing
August 16, 2026, 1:08 pm
'DAP bukan parti Cina, tapi untuk semua rakyat Malaysia' - Anthony Loke
August 16, 2026, 9:39 am
Guru direman, bantu siasatan amang seksual pelajar
August 16, 2026, 8:58 am
Dua pemandu kereta jadi 'marsyal' konvoi supercar ditahan
August 15, 2026, 8:41 pm
