TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'DAP bukan parti Cina, tapi untuk semua rakyat Malaysia' - Anthony Loke

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA, 16 Ogos – Parti Tindakan Demokratik (DAP) akan terus mempertahankan dasar sebagai parti berbilang kaum dengan membuka ruang kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke berkata, pendirian itu selari dengan idealisme asal penubuhan parti yang memberi tumpuan kepada perjuangan keadilan, kebebasan dan demokrasi demi kepentingan seluruh rakyat.

“Supaya rakyat Malaysia mempunyai kehidupan yang lebih baik, setiap rakyat mempunyai peluang yang sama untuk mereka berjaya dalam hidup dan berjaya dalam apa sahaja bidang yang mereka ceburi.

Ini adalah idealisme parti kita yang tidak boleh dilupakan daripada kepimpinan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) kepada setiap anggota DAP,” jelasnya ketika berucap pada Kongres Kebangsaan DAP 2026 di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Loke berkata, pendirian DAP sebagai parti untuk semua kaum pernah ditegaskan veteran parti, Tan Sri Lim Kit Siang, ketika beliau menolak tawaran Malayan Chinese Association (MCA) supaya DAP dibubarkan dan menyertai parti berkenaan.

Menurutnya, Lim Kit Siang ketika itu tetap berpegang teguh kepada prinsip bahawa DAP bukan sebuah parti yang hanya mewakili kaum Cina, sebaliknya terbuka kepada semua rakyat Malaysia.

“Saudara Lim Kit Siang dengan tegas menolak cadangan itu kerana beliau berkata DAP bukan parti untuk orang Cina, DAP ada pemimpin dan ahli kaum India, Melayu dan untuk rakyat Malaysia,” tegas beliau.

+ - reset