TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Teringin nak pergi, tapi maaf hari Sabtu di Brunei' - Anwar balas jemputan murid taska

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 21 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian warga maya apabila membalas jemputan menghadiri Hari Usahawan Cilik daripada seorang murid sebuah pusat pembelajaran awal di Subang Jaya menerusi aplikasi Threads.

Beliau menyatakan kekangan untuk hadir kerana mempunyai urusan di Brunei pada Sabtu ini, selain menitipkan pesanan santai dan mendoakan kelancaran program berkenaan.

"Saya doakan Hari Kantin taska berjalan lancar. Jangan beli jajan banyak sangat," tulisnya dalam ruangan komen balas hantaran tersebut.

Terdahulu, seorang guru di Al Sakeenah Learning Centre berkongsi tangkap layar mesej muridnya yang bersahaja menjemput Perdana Menteri dengan panggilan mesra 'Uncle Anwar'.

Guru berkenaan memaklumkan, inisiatif murid itu timbul secara spontan selepas beliau mencabar pelajarnya untuk menjemput pemimpin nombor satu negara itu dengan ganjaran markah merit penghargaan di dalam kelas.

+ - reset