Berita Berita
IPU sederhana, langit cerah iringi sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Putrajaya
PUTRAJAYA, 31 Ogos – Cuaca cerah dengan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada paras sederhana mengiringi sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Dataran Putrajaya, sekali gus membolehkan acara berprestij itu meriah dengan kehadiran ribuan pengunjung hari ini.
Berdasarkan portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia, bacaan IPU di Putrajaya mencatatkan paras 79 setakat jam 7 pagi tadi, sekali gus membolehkan pelbagai aktiviti luar dijalankan mengikut jadual.
Keadaan kualiti udara yang terkawal serta jarak penglihatan yang baik membolehkan pelbagai persembahan utama seperti acara perbarisan, perarakan kontinjen dan pertunjukan udara berlangsung lancar tanpa sebarang halangan.
Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-69 kali ini menyaksikan penyertaan 76 kontinjen membabitkan 10,819 peserta, selain penampilan 22 pasukan pancaragam, 11 kereta berhias serta 328 aset darat dan udara.
Turut mencuri tumpuan dalam perarakan berprestij di Dataran Putrajaya hari ini ialah penglibatan 112 ekor haiwan dalam perkhidmatan pelbagai agensi keselamatan negara.
Berita berkaitan
August 31, 2026, 3:32 pm
Had kelayakan bulanan BUDI MADANI dinaikkan kepada 300 liter mulai esok
August 31, 2026, 3:22 pm
Dr Mahathir tetap hadir di Dataran Putrajaya walau berkerusi roda, orang ramai berebut bersalaman
August 31, 2026, 3:18 pm
23 penumpang cedera bas persiaran kemalangan di Lebuh Raya Pan Borneo
August 31, 2026, 2:59 pm
Sewa kenderaan kepada warga asing tanpa lesen: 34 pemilik di Kelantan didenda RM34,000
August 31, 2026, 9:24 am
Pejalan kaki warga Bangladesh maut dilanggar lari di Shah Alam
August 31, 2026, 9:03 am
Ong Kian Ming umum keluar DAP berkuat kuasa hari ini
August 31, 2026, 8:58 am
Wanita jadi mangsa ragut ketika leka berbual telefon di depan rumah di Taman Cheras Perdana
August 30, 2026, 6:55 pm
Dua penghuni melarikan diri dari Puspen Dengkil ditangkap semula
August 30, 2026, 6:51 pm
