Berita Berita
Pejalan kaki warga Bangladesh maut dilanggar lari di Shah Alam
SHAH ALAM, 31 Ogos – Polis sedang mengesan sebuah kenderaan yang dipercayai melanggar seorang pejalan kaki warga Bangladesh sehingga maut di Jalan Bukit Kemuning dari arah Taman Sri Muda ke Klang, pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Sarudin Samah berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.20 pagi ketika mangsa berusia 45 tahun itu dipercayai sedang melintas jalan.
"Akibat kemalangan berkenaan, mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan kaki. Mayat telah dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Shah Alam untuk proses bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau memaklumkan, kenderaan terbabit masih belum dikenal pasti dan siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 sedang dijalankan bagi mengesan pemandu berkenaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Shah Alam, Inspektor Abdul Nasser Peping di talian 012-286 3875.
Berita berkaitan
August 31, 2026, 3:32 pm
Had kelayakan bulanan BUDI MADANI dinaikkan kepada 300 liter mulai esok
August 31, 2026, 3:22 pm
Dr Mahathir tetap hadir di Dataran Putrajaya walau berkerusi roda, orang ramai berebut bersalaman
August 31, 2026, 3:18 pm
23 penumpang cedera bas persiaran kemalangan di Lebuh Raya Pan Borneo
August 31, 2026, 2:59 pm
Sewa kenderaan kepada warga asing tanpa lesen: 34 pemilik di Kelantan didenda RM34,000
August 31, 2026, 9:03 am
Ong Kian Ming umum keluar DAP berkuat kuasa hari ini
August 31, 2026, 8:58 am
Wanita jadi mangsa ragut ketika leka berbual telefon di depan rumah di Taman Cheras Perdana
August 31, 2026, 8:49 am
IPU sederhana, langit cerah iringi sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Putrajaya
August 30, 2026, 6:55 pm
Dua penghuni melarikan diri dari Puspen Dengkil ditangkap semula
August 30, 2026, 6:51 pm
