TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dua penghuni melarikan diri dari Puspen Dengkil ditangkap semula

By
|
Kongsi
image

SEPANG, 30 Ogos – Dua penghuni lelaki yang melarikan diri dari Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) Dengkil Rabu lalu, berjaya ditangkap semula secara berasingan oleh pihak berkuasa pada Jumaat dan semalam.

Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh mengesahkan, seorang daripadanya ditahan di Serendah oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), manakala seorang lagi berkas di Rawang oleh AADK Hulu Langat.

"Kedua-duanya telah dibawa semula ke Puspen Dengkil dan akan dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat untuk tindakan perundangan mengikut saluran undang-undang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira jam 8.40 pagi pada 27 Ogos lalu, kedua-dua suspek bertindak melarikan diri dari premis terbabit sebelum mencuri sebuah kenderaan di kampung berdekatan untuk meloloskan diri.

Walau bagaimanapun, kenderaan yang dilarikan itu berjaya dikesan oleh pihak AADK di Beranang dan telah diserahkan kepada PDRM bagi membantu siasatan lanjut.

+ - reset