TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

23 penumpang cedera bas persiaran kemalangan di Lebuh Raya Pan Borneo

By
|
Kongsi
image

SIBU, 31 Ogos – Seramai 23 daripada 43 penumpang sebuah bas persiaran mengalami kecederaan selepas kenderaan yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan kendiri di Bulatan Kanowit/Durin, Lebuh Raya Pan Borneo, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan bahawa pihak Balai Bomba dan Penyelamat Sibu Jaya bergegas ke lokasi kejadian sejauh 22 kilometer sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 2.25 pagi.

Mangsa yang mengalami kecederaan membabitkan 19 wanita dan empat lelaki, manakala kejadian dilaporkan tidak melibatkan mana-mana penumpang yang tersepit di dalam kenderaan terbabit.

Anggota bomba bertindak membantu mengeluarkan seorang penumpang wanita yang masih terperangkap di dalam bas, sementara 42 penumpang lain berjaya keluar lebih awal dengan bantuan orang awam di tempat kejadian.

Semua mangsa yang cedera telah diberikan rawatan awal oleh pasukan perubatan sebelum dikezalkan ke Hospital Sibu dan Hospital Kanowit untuk tindakan selanjutnya.

Untuk rekod, insiden berkenaan berlaku di lokasi bulatan sama yang pernah mencatatkan kemalangan maut membabitkan Pengarah Mahkamah Negeri Sabah, Marutin Pagan pada 30 Mac tahun lalu.

+ - reset