Berita Berita
Ong Kian Ming umum keluar DAP berkuat kuasa hari ini
KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Dr. Ong Kian Ming mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP) berkuat kuasa hari ini.
Menerusi hantaran di laman media sosialnya, bekas Ahli Parlimen Bangi itu mengesahkan surat makluman peletakan jawatan telah diserahkan kepada Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook
"Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menyumbang kepada parti dan negara sejak menyertai DAP pada 2012, termasuk sebagai Ahli Parlimen Serdang dan Bangi serta Timbalan Menteri MITI," katanya hari ini.
Kian Ming turut merakamkan penghargaan kepada kepimpinan parti seperti Tony Pua dan Lim Guan Eng atas bimbingan serta peluang berkhidmat sepanjang 14 tahun pembabitannya dalam arena politik.
Beliau mengesahkan tidak berhasrat menyertai mana-mana parti politik lain atau bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), namun kekal dengan komitmen untuk membantu bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkempen jika ditawarkan kerusi bertanding kelak.
Berita berkaitan
August 31, 2026, 9:24 am
Pejalan kaki warga Bangladesh maut dilanggar lari di Shah Alam
August 31, 2026, 8:58 am
Wanita jadi mangsa ragut ketika leka berbual telefon di depan rumah di Taman Cheras Perdana
August 31, 2026, 8:49 am
IPU sederhana, langit cerah iringi sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Putrajaya
August 30, 2026, 6:55 pm
Dua penghuni melarikan diri dari Puspen Dengkil ditangkap semula
August 30, 2026, 6:51 pm
Super El Niño: Harga sayur, rempah diramal melonjak menjelang pertengahan 2027
August 30, 2026, 6:45 pm
Peruntukan penyelenggaraan sekolah naik RM1.5 bilion pada 2027
August 30, 2026, 6:41 pm
PM ikrar pulangkan hasil rampasan kegiatan haram kepada rakyat
August 30, 2026, 6:30 pm
Muktamar Pas: Asyraf Wajdi, pimpinan UMNO Kelantan sahkan hadir
August 30, 2026, 1:10 pm
