Berita Berita
Wanita jadi mangsa ragut ketika leka berbual telefon di depan rumah di Taman Cheras Perdana
KAJANG, 31 Ogos – Seorang wanita berdepan detik cemas apabila menjadi mangsa ragut dua lelaki ketika sedang menjawab panggilan telefon di hadapan rumahnya di Taman Cheras Perdana, di sini Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, mangsa berusia 49 tahun tidak mengalami kecederaan namun mengalami kerugian seutas gelang emas bernilai RM2,000.
"Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian semalam. Menurut mangsa, dua suspek lelaki menaiki motosikal jenis Yamaha Y15ZR telah menghampirinya sebelum salah seorang suspek cuba menarik beg tangannya tetapi gagal.
"Suspek kemudian meragut gelang emas yang dipakai pada pergelangan tangan kiri mangsa sebelum bertindak melarikan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek memakai topi keledar visor gelap dan nombor pendaftaran motosikal tidak dapat dikesan dengan jelas, manakala usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Aidhil Othman di talian 019-3713937 atau mana-mana balai polis terdekat bagi membantu siasatan.
Berita berkaitan
August 31, 2026, 3:32 pm
Had kelayakan bulanan BUDI MADANI dinaikkan kepada 300 liter mulai esok
August 31, 2026, 3:22 pm
Dr Mahathir tetap hadir di Dataran Putrajaya walau berkerusi roda, orang ramai berebut bersalaman
August 31, 2026, 3:18 pm
23 penumpang cedera bas persiaran kemalangan di Lebuh Raya Pan Borneo
August 31, 2026, 2:59 pm
Sewa kenderaan kepada warga asing tanpa lesen: 34 pemilik di Kelantan didenda RM34,000
August 31, 2026, 9:24 am
Pejalan kaki warga Bangladesh maut dilanggar lari di Shah Alam
August 31, 2026, 9:03 am
Ong Kian Ming umum keluar DAP berkuat kuasa hari ini
August 31, 2026, 8:49 am
IPU sederhana, langit cerah iringi sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Putrajaya
August 30, 2026, 6:55 pm
Dua penghuni melarikan diri dari Puspen Dengkil ditangkap semula
August 30, 2026, 6:51 pm
