Berita Berita
Dr Mahathir tetap hadir di Dataran Putrajaya walau berkerusi roda, orang ramai berebut bersalaman
PUTRAJAYA 31 Ogos – Kemunculan Tun Dr Mahathir Mohamad di Dataran Putrajaya pada Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026, Isnin, terus menjadi perhatian apabila bekas Perdana Menteri itu hadir menyertai kemeriahan acara berkenaan meskipun menggunakan kerusi roda elektrik.
Menerusi video penstriman langsung di TikTok @chedetofficial, tokoh negarawan berusia 101 tahun itu dilihat melambaikan tangan kepada pengunjung sambil duduk di atas kerusi roda elektrik.
Beliau turut mengambil kesempatan berjumpa dan beramah mesra dengan orang ramai yang hadir memeriahkan sambutan berkenaan.
Malah, orang awam termasuk anggota keselamatan tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dan berswafoto bersama bekas Ahli Parlimen Langkawi itu.
Dr Mahathir turut merakamkan ucapan ringkas menerusi Facebook beliau, selain berkongsi video perjalanan beliau mentadbir Malaysia dari 1981 hingga 2003 bagi penggal pertama dan 2018 hingga 2020 untuk penggal kedua.
“Selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Kebangsaan yang ke-69, Malaysia,” katanya.
Kehadiran beliau pada Sambutan HKHM di Putrajaya bukan perkara baharu, namun tahun ini menyaksikan penampilan sulungnya di acara berkenaan dengan menggunakan kerusi roda.
Sebelum ini, ketika menghadiri Sambutan HKHM 2025, Dr Mahathir memaklumkan kepada media bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang jemputan rasmi ke acara tahunan berkenaan.
Bagaimanapun, beliau mengakui tidak berkecil hati dengan perkara itu dan berpandangan sesiapa sahaja sebagai rakyat Malaysia berhak menghadiri acara sambutan berkenaan.
Pada 6 Januari lalu, Dr Mahathir dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) bagi menjalani pemulihan selepas mengalami patah tulang pinggul akibat terjatuh ketika melakukan senaman di kediamannya di The Mines.
Sebelum itu, pada 13 Julai 2025, tokoh politik berkenaan turut dikejarkan ke IJN selepas mengalami keletihan ketika menghadiri program Picnic & Potluck sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-100 pada 10 Julai serta ulang tahun kelahiran ke-99 isterinya, Tun Dr Hasmah Mohd Ali.
Beliau dibenarkan pulang pada jam 4.45 petang hari yang sama selepas dimasukkan ke IJN sekitar jam 10 pagi.
Berita berkaitan
August 31, 2026, 8:42 pm
Manfaat cuti umum, 400 peserta teruja sertai fenomena PKSK Merdeka di Universiti Malaya
August 31, 2026, 3:32 pm
Had kelayakan bulanan BUDI MADANI dinaikkan kepada 300 liter mulai esok
August 31, 2026, 3:18 pm
23 penumpang cedera bas persiaran kemalangan di Lebuh Raya Pan Borneo
August 31, 2026, 2:59 pm
Sewa kenderaan kepada warga asing tanpa lesen: 34 pemilik di Kelantan didenda RM34,000
August 31, 2026, 9:24 am
Pejalan kaki warga Bangladesh maut dilanggar lari di Shah Alam
August 31, 2026, 9:03 am
Ong Kian Ming umum keluar DAP berkuat kuasa hari ini
August 31, 2026, 8:58 am
Wanita jadi mangsa ragut ketika leka berbual telefon di depan rumah di Taman Cheras Perdana
August 31, 2026, 8:49 am
IPU sederhana, langit cerah iringi sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Putrajaya
August 30, 2026, 6:55 pm
