TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Had kelayakan bulanan BUDI MADANI dinaikkan kepada 300 liter mulai esok

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Had kelayakan asas bulanan bagi inisiatif BUDI MADANI akan dinaikkan semula daripada 200 liter kepada 300 liter berkuat kuasa esok, menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) hari ini.

MOF memaklumkan bahawa pelarasan secara automatik itu merangkumi penerima BUDI MADANI RON95 (BUDI95) dan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) tertakluk kepada syarat kelayakan masing-masing.

Inisiatif subsidi berkenaan menyaksikan seramai 16 juta pengguna menikmati RON95 pada harga RM1.99 seliter, manakala lebih 700,000 pengguna yang layak turut menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter.

Bagi pemilik kenderaan diesel persendirian jenis pikap dan jip yang layak, mereka boleh memohon tambahan kelayakan 100 liter lagi melalui portal rasmi www.budimadani.gov.my untuk menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 400 liter sebulan.

Pengembalian had kelayakan bulanan ini dilaksanakan berikutan pengurusan bekalan bahan api yang semakin tersusun, penguatkuasaan tegas, prestasi ekonomi negara yang kukuh serta kemampuan kewangan kerajaan semasa.

Langkah ini juga dipertimbangkan khusus bagi meringankan beban rakyat yang perlu bergerak jauh untuk urusan harian serta peniaga kecil yang bergantung kepada kenderaan untuk mencari rezeki.

Kerajaan menegaskan komitmen untuk terus memastikan pemberian subsidi bahan api sampai kepada rakyat Malaysia yang berhak di samping memperketat usaha membendung ketirisan dan penyeludupan.

+ - reset