TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Cemar ambang merdeka, normalisasi 'comolot' sejenis bangkit amarah ramai

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 31 OGOS – Sambutan Ambang Kemerdekaan di sekitar ibu negara yang sepatutnya dimeriahkan dengan semangat patriotisme dicemari dengan penularan dakwaan kelakuan tidak sopan di kawasan terbuka. 

Satu hantaran tular di media sosial memaparkan gambar suasana awam di kawasan pusat bandar di mana pasangan sesama jantina didakwa melakukan aksi intim secara terbuka di hadapan orang ramai.

Kejadian yang berlaku di tengah-tengah kehangatan orang ramai berkumpul menantikan detik ambang merdeka itu telah mencetuskan pelbagai reaksi di platform media sosial. 

Pemilik hantaran meluahkan kesal dan mendakwa perbuatan sedemikian memperlihatkan cubaan menormalisasikan budaya yang bertentangan dengan norma masyarakat tempatan serta nilai agama Islam.

Isu itu sekali lagi membuka ruang perbincangan berhubung tahap pemantauan penguatkuasa dan penguatkuasaan undang-undang perlakuan tidak sopan di tempat awam. 

Ramai pengguna media sosial mendesak pihak berkuasa tempatan serta pihak polis agar meningkatkan rondaan pada perhimpunan berprofil tinggi bagi memastikan tatasusila awam sentiasa dipelihara.

Setakat ini, belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian berkenaan. 

+ - reset