Berita Viral
'Saya tak halalkan', warga asing luah rasa kecewa dakwa 90% polis Malaysia 'paw' duit
KUALA LUMPUR 1 SEPTEMBER - Tular satu video menerusi akaun TikTok elnasir.95 yang memaparkan luahan rasa ketidakpuasan hati seorang lelaki warga asing terhadap perbuatan segelintir anggota polis di Malaysia.
Dalam video berkenaan, lelaki tersebut secara terbuka menyuarakan rasa terkilan apabila mendakwa wang simpanannya telah diambil oleh anggota polis yang dipanggilnya dengan nama 'Abang Azrul'.
Beliau mendakwa insiden penahanan itu berlaku beberapa tahun lalu iaitu sekitar 2020 hingga 2022, yang mana sejumlah RM1,100 miliknya telah diambil.
Meskipun beliau mendakwa tidak melakukan sebarang kesalahan dan mempunyai dokumen serta permit pekerjaan yang sah.
Beliau turut mempertanyakan tindakan pihak berkenaan yang mendakwanya tidak boleh membawa wang tunai melebihi RM1,500.
Menurut lelaki itu, beliau tidak sama sekali memaafkan perbuatan tersebut dan menegaskan tidak halal akan wang miliknya yang telah diambil.
Lebih mengejutkan, lelaki berkenaan turut melemparkan dakwaan bahawa dianggarkan sekitar 90 peratus anggota polis di Malaysia bersikap sedemikian terhadap warga asing.
Luahan tegas tersebut telah menarik perhatian ramai pengguna media sosial dan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warganet.
Berita berkaitan
August 31, 2026, 1:08 pm
Cemar ambang merdeka, normalisasi 'comolot' sejenis bangkit amarah ramai
August 31, 2026, 9:40 am
Warga Indonesia sekali lagi persoal kosa kata Bahasa Melayu tanpa fakta
August 31, 2026, 8:01 am
Aksi 'gaduh manja' pasukan K9 curi tumpuan masa raptai perarakan merdeka
August 29, 2026, 6:34 pm
Tak tahu apa punca, lelaki pukul ustaz ketika beri kuliah subuh di Sungai Petani
August 28, 2026, 7:01 pm
'Ini bukan Malaysia', warga asing perli boleh berniaga sesuka hati di Sepanyol
August 28, 2026, 5:28 pm
Ramai lari ketakutan, laungan 'Allah' perlahankan air deras di Nepal
August 28, 2026, 3:52 pm
'Rumah ini malam Jumaat ramai tapi..', lelaki kongsi rasa seram dengar orang zikir di Ampang
August 27, 2026, 8:32 pm
Warga emas jadi mangsa kemalangan penunggang motosikal bawa 'motor' tiada lesen di Semenyih
August 27, 2026, 2:11 pm
