Berita Berita
Kemunculan ikan kanai di Sungai Kuala selepas 15 tahun tarik perhatian
GEORGE TOWN, 1 September – Penemuan seekor ikan kanai atau tembaring yang ditangkap oleh nelayan tempatan di Sungai Kuala pada Ahad lalu menarik perhatian Jabatan Perikanan Malaysia selepas kali terakhir spesies berkenaan direkodkan kira-kira 15 tahun lalu.
Jabatan Perikanan memaklumkan bahawa ikan kanai atau nama saintifiknya Lutjanus goldiei merupakan spesies pemangsa muara sungai yang terkenal sebagai ikan sukan premium berikutan kekuatan serta ketahanannya yang luar biasa.
Spesies ini lazimnya lebih kerap ditemui di perairan Sabah dan Papua New Guinea, sekali gus menjadikan kemunculannya di perairan Pulau Pinang sebagai satu penemuan yang amat signifikan dari sudut taburan geografi dan rekod perikanan negara.
Kehadiran ikan berkenaan membuktikan bahawa kawasan muara dan pesisir sungai yang dipengaruhi pasang surut serta dikelilingi tumbuhan bakau di Sungai Kuala masih mempunyai ekosistem yang sesuai sebagai tempat perlindungan serta sumber makanan spesies tersebut.
Pihak jabatan turut menggalakkan komuniti nelayan dan pemancing mengamalkan kaedah 'tangkap dan lepas' bagi pemuliharaan ikan tempatan yang jarang ditemui ini demi memastikan kelangsungan populasinya di perairan negara.
Berita berkaitan
September 1, 2026, 3:42 pm
Masalah komunikasi punca polemik Azizulhasni tercetus, Menteri Sukan ambil tanggungjawab sepenuhnya
September 1, 2026, 3:18 pm
Cadangan wujud Hospital Mara tak patut dikaitkan isu perkauman
September 1, 2026, 3:07 pm
Amanat Merdeka: Beban rakyat jadi keutamaan, bukti kerajaan MADANI dengar suara rakyat - Aiman Athirah
September 1, 2026, 3:03 pm
Bekas pekerja gudang dicekup kurang 12 jam selepas pecah masuk premis di Cheras
September 1, 2026, 2:42 pm
'Belia jangan sekadar jadi graduan, jadilah tenaga mahir yang diburu industri' - Ahmad Zahid
September 1, 2026, 1:41 pm
Lori tangki simen hilang kawalan punca empat maut dalam nahas 11 kenderaan di LPT1
September 1, 2026, 1:17 pm
