Berita Berita
Cadangan wujud Hospital Mara tak patut dikaitkan isu perkauman
SHAH ALAM, 1 September – Cadangan penubuhan Hospital Majlis Amanah Rakyat (Mara) tidak seharusnya dikaitkan dengan isu perkauman kerana ia dirangka berlandaskan perkembangan ekosistem pendidikan kesihatan agensi itu yang semakin lengkap dan kukuh.
Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, institusi berkenaan telah melahirkan ribuan doktor serta tenaga profesional kesihatan menerusi pelbagai penawaran kursus di Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan program pembiayaan pendidikan yang merangkumi bidang perubatan, kejururawatan serta kejuruteraan bioperubatan.
Beliau memaklumkan bahawa Bahagian Penajaan Mara telah membiayai lebih 45,000 individu daripada peringkat ijazah sarjana muda sehingga pengajian doktor pakar sejak agensi berkenaan ditubuhkan.
Terdahulu pada 24 Ogos, rencana pembinaan Hospital Mara pertama itu diumumkan bukan sahaja sebagai hospital pengajar, malah direka menjadi pusat kecemerlangan kesihatan serta pemangkin ekonomi Bumiputera.
Sehubungan itu, satu pasukan khas yang diketuai Timbalan Ketua Pengarah Mara, Dr Mahzan telah dibentuk bagi meneliti segenap aspek pembinaannya dengan menggembleng pandangan pakar perubatan daripada kalangan bekas pelajar tajaan Mara.
Berita berkaitan
September 1, 2026, 3:42 pm
Masalah komunikasi punca polemik Azizulhasni tercetus, Menteri Sukan ambil tanggungjawab sepenuhnya
September 1, 2026, 3:07 pm
Amanat Merdeka: Beban rakyat jadi keutamaan, bukti kerajaan MADANI dengar suara rakyat - Aiman Athirah
September 1, 2026, 3:03 pm
Bekas pekerja gudang dicekup kurang 12 jam selepas pecah masuk premis di Cheras
September 1, 2026, 2:58 pm
Kemunculan ikan kanai di Sungai Kuala selepas 15 tahun tarik perhatian
September 1, 2026, 2:42 pm
'Belia jangan sekadar jadi graduan, jadilah tenaga mahir yang diburu industri' - Ahmad Zahid
September 1, 2026, 1:41 pm
Lori tangki simen hilang kawalan punca empat maut dalam nahas 11 kenderaan di LPT1
September 1, 2026, 1:17 pm
