TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bekas pekerja gudang dicekup kurang 12 jam selepas pecah masuk premis di Cheras

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA, 1 September – Seorang bekas pekerja sebuah gudang pembekal elektrik ditahan polis kurang 12 jam selepas dipercayai memecah masuk premis berkenaan di kawasan Cheras pada minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan pada jam 11.58 pagi, 25 Ogos lalu.

Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati suspek menceroboh masuk ke kawasan gudang pada malam sebelumnya dengan mengumpil pagar di bahagian tepi bangunan sebelum menceroboh menerusi jeriji tandas.

Bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan polis menyerbu sebuah pangsapuri di Puchong pada jam 11.24 malam hari yang sama lalu menahan suspek utama berusia pertengahan 30-an berkenaan.

Polis turut merampas sebuah kotak wang tunai, telefon bimbit serta pakaian yang digunakan suspek ketika kejadian, manakala lelaki berkenaan dijangka dituduh di mahkamah hari ini mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

+ - reset