Berita Berita
Malaysia dijangka ambil 200,000 pekerja Bangladesh dalam tempoh enam bulan
KUALA LUMPUR 1 September – Malaysia dijangka mengambil sekitar 200,000 pekerja Bangladesh dalam tempoh enam bulan, dengan proses pengambilan dijangka bermula hujung bulan ini.
Memetik laporan The Daily Star, Timbalan Menteri Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar dan Koperasi Bangladesh, Mir Shahe Alam berkata, pengambilan pekerja berkenaan akan dilaksanakan menerusi pelbagai agensi di negara itu.
Menurutnya, daripada jumlah tersebut, kira-kira 10,000 pekerja akan diambil tanpa dikenakan sebarang kos.
"Di Malaysia terdapat kira-kira 800,000 pekerja Bangladesh yang berdaftar. Ada juga yang tidak berdaftar.
"Menteri kami telah meminta pihak berkuasa Malaysia untuk mendaftarkan mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Bangladesh, Shuhada Othman mengadakan pertemuan dengan Menteri Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar dan Koperasi, Abdul Moyeen Khan.
Menurutnya, pertemuan itu turut membincangkan isu berkaitan lawatan Perdana Menteri Bangladesh, Tarique Rahman ke Malaysia dalam usaha memperkukuh hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.
Bagaimanapun, dakwaan mengenai pengambilan sehingga 200,000 pekerja Bangladesh itu masih menunggu pengesahan daripada Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Berita berkaitan
September 1, 2026, 2:42 pm
'Belia jangan sekadar jadi graduan, jadilah tenaga mahir yang diburu industri' - Ahmad Zahid
September 1, 2026, 1:41 pm
Lori tangki simen hilang kawalan punca empat maut dalam nahas 11 kenderaan di LPT1
September 1, 2026, 10:27 am
Nahas 11 kenderaan termasuk bas ekspres bawa 30 penumpang ragut empat nyawa di LPT
August 31, 2026, 8:42 pm
Manfaat cuti umum, 400 peserta teruja sertai fenomena PKSK Merdeka di Universiti Malaya
August 31, 2026, 3:32 pm
Had kelayakan bulanan BUDI MADANI dinaikkan kepada 300 liter mulai esok
August 31, 2026, 3:22 pm
Dr Mahathir tetap hadir di Dataran Putrajaya walau berkerusi roda, orang ramai berebut bersalaman
August 31, 2026, 3:18 pm
