TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Lelaki diekori individu tak dikenali di Stesen LRT Seksyen 7 Shah Alam

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM 1 SEPTEMBER – Pengguna pengangkutan awam dinasihatkan agar sentiasa peka dengan persekitaran masing-masing selepas tular satu kejadian membabitkan seorang lelaki yang didakwa diekori oleh individu tidak dikenali berhampiran Stesen LRT Seksyen 7, di sini.

Berdasarkan perkongsian mangsa di media sosial, kejadian berlaku ketika dia sedang berjalan kaki dari Pintu A stesen berkenaan menuju ke seberang jalan. 

Mangsa yang ketika itu memakai fon telinga mula menyedari kehadiran individu tersebut selepas terdengar suara aneh dari arah belakang.

Menurut mangsa, apabila dia menghentikan muzik yang didengarinya, individu terbabit dilihat terus mengekorinya sambil mengajak makan dan cuba berinteraksi. 

Situasi menjadi lebih membimbangkan apabila lelaki berkenaan terus mengikutinya sehingga ke kawasan premis perniagaan berhampiran Giant Seksyen 7.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik, lelaki terbabit dilihat mengekori dari jarak dekat sambil mengeluarkan kata-kata yang tidak pasti arah tujuannya selepas diabaikan oleh mangsa.

Ekoran insiden tersebut, mangsa memberi peringatan terbuka kepada pengguna jalan kaki terutamanya mereka yang bergerak bersendirian tanpa mengira jantina supaya sentiasa peka dan mengurangkan penggunaan fon telinga di kawasan awam bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

+ - reset