TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Kereta diseret treler pasir lepas pindah lorong mengejut di lebuh raya

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 1 SEPTEMBER – Sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka hampir terlibat dalam kemalangan selepas diseret sebuah treler muatan pasir di Kilometer 386.5 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, berhampiran susur keluar Behrang pada Rabu lepas.

Kejadian berlaku ketika pemandu bersama keluarga dalam perjalanan dari Taiping menuju ke Putrajaya atas urusan kerja. 

Mangsa yang dikenali sebagai @asswat.k berkata, treler yang memandu di lorong kiri secara tiba-tiba menukar arah masuk ke lorong kanan tanpa memberikan 'signal'.

Tindakan melulu pemandu treler berkenaan menyebabkan kereta di pandu mangsa di lorong kanan terpaksa melakukan brek kecemasan. 
Walaupun pemandu kenderaan berkenaan berjaya memberhentikan kenderaan, rempuhan tetap berlaku pada bahagian tayar treler tersebut akibat jarak yang terlalu rapat.

Tiada kecederaan dilaporkan membabitkan ahli keluarga, namun kenderaan mangsa mengalami kerosakan pada bahagian pintu.

+ - reset