Berita Viral
Hampir ditikam 3 warga etnik Rohingya, penduduk Cheras luah rasa bimbang
KUALA LUMPUR 2 SEPTEMBER - Perkongsian daripada pempengaruh Awie MBR baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila mendedahkan situasi keselamatan yang membimbangkan di kawasan perumahan Apartmen Cheras Ria, Cheras.
Menerusi temubual bersama seorang penduduk tempatan yang telah menetap di situ selama 12 tahun, pelbagai insiden gangguan dan jenayah didakwa sering berlaku di kawasan berkenaan.
Penduduk terbabit mendedahkan detik cemas apabila dia hampir ditikam oleh tiga lelaki etnik Rohingya.
Kejadian itu berlaku apabila dia cuba meleraikan pergaduhan antara warga asing berkenaan.
Tiga lelaki tersebut secara tiba-tiba mengeluarkan pisau dari arah belakang dan cuba menikamnya.
Mujur dia sempat diselamatkan selepas ditolak ke tepi oleh seorang warga asing lain di tempat kejadian sebelum melarikan diri.
Selain ancaman senjata tajam, penduduk berkenaan turut mendakwa terdapat pelbagai kes lain yang mencetuskan keresahan ramai.
Antaranya termasuk cubaan mencuri motosikal serta tindakan merosakkan cermin kereta milik ahli keluarganya.
Malah, terdapat juga dakwaan perbuatan tidak sopan secara terbuka oleh sesetengah individu di kawasan awam apartmen berkenaan.
Situasi menjadi lebih tegang apabila keluarga penduduk tersebut turut menerima ugutan susulan rasa tidak puas hati.
Dia juga pernah dikepung oleh kumpulan yang dianggarkan seramai 50 orang selepas dituduh membuat aduan.
Meskipun laporan polis telah dibuat mengenai siri ancaman itu, penduduk berkenaan dimaklumkan bahawa tindakan lanjut sukar diambil sekiranya belum berlaku sebarang kecederaan fizikal.
Menerusi video tersebut, Awie MBR menyeru masyarakat dan warganet agar menyebarkan perkongsian itu bagi menarik perhatian pihak berkuasa.
Berita berkaitan
October 22, 2026, 11:07 am
Pemandu pandu terhuyung-hayang jadi punca kemalangan pengguna jalan raya lain
October 22, 2026, 9:45 am
Ahli Parlimen Sabak Bernam cakap Bahasa Jawa untuk kirim pesanan pada Prabowo tentang isu jerebu
October 21, 2026, 1:49 pm
Suami isteri tular didakwa kasari anak dalam lif
October 19, 2026, 5:42 pm
Kematian dicemburui, jemaah meninggal dunia semasa sujud di masjid Muar
October 19, 2026, 4:53 pm
Pemandu lori jadi saksi mat rempit jatuh tersungkur lepas seronok berlumba
October 19, 2026, 10:18 am
Pemandu dakwa jadi mangsa buli kereta 'femes' Porsche hitam di Puchong
October 16, 2026, 4:33 pm
'Hanya sebab kerusi roda', pemandu e-hailing didakwa diskriminasi penumpang OKU
October 16, 2026, 3:16 pm
'Alam sebalik mata', penempatan haram belakang kawasan TNB di Pandan Mewah
October 16, 2026, 12:24 pm
