TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Wanita cedera terkena serpihan konkrit bangunan warisan runtuh di Lebuh China

By
|
Kongsi
image

GEORGE TOWN, 2 September – Seorang wanita berusia 20-an mengalami kecederaan selepas terkena serpihan struktur konkrit sebuah bangunan warisan yang jatuh dalam kejadian di Lebuh China, malam tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.30 malam itu dipercayai tercetus apabila kabel penyambung yang dipasang pada dinding tercabut lalu menyebabkan struktur pada penjuru bangunan berkenaan tertanggal.

Insiden berlaku ketika kawasan laluan berkenaan dipenuhi orang awam yang menyertai serta menyaksikan perarakan sempena sambutan Festival Hantu Lapar.

Mangsa yang cedera telah dikezalkan ke hospital berdekatan bagi menerima rawatan lanjut, manakala anggota Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) bertindak membersihkan lokasi kejadian dan memasang pita keselamatan.

Untuk rekod, kejadian serupa pernah dilaporkan pada 4 Ogos lalu di Lebuh Armenian yang menyaksikan dua pelancong warga Sri Lanka cedera akibat runtuhan struktur rasuk kayu bangunan warisan yang rosak diserang anai-anai.

+ - reset