Berita Berita
Malaysia tak mahu dipaksa pilih AS atau China, Jepun kekal rakan strategik - Johari
KUALA LUMPUR 2 Sept - Malaysia tidak mahu dipaksa memilih antara Amerika Syarikat (AS) dan China ketika persaingan geopolitik antara dua kuasa besar dunia itu semakin mempengaruhi keputusan ekonomi negara.
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, keadaan semasa menjadikan kerjasama ekonomi Malaysia dengan Jepun semakin penting, selain memerlukan negara mengekalkan dasar luar dan perdagangan yang berkecuali serta dipelbagaikan.
Katanya, setiap keputusan ekonomi kini semakin diteliti, termasuk dari sudut kecenderungan Malaysia terhadap mana-mana blok geopolitik.
“Dipaksa untuk memihak antara AS atau China bukan menjadi kepentingan Malaysia.
“Sejak sekian lama, kita mengamalkan dasar luar dan perdagangan yang berkecuali serta dipelbagaikan.
“Justeru, pendekatan seperti biasa tidak lagi memadai,” katanya kepada media selepas menghadiri Persidangan Bersama Persatuan Ekonomi Malaysia-Jepun (MAJECA) dan Persatuan Ekonomi Jepun-Malaysia (JAMECA) Ke-43 di sini, hari ini.
Johari berkata, Malaysia mahu mengekalkan keterbukaan serta meneruskan hubungan produktif dengan semua rakan dagang, selain memperkukuh daya tahan dan fleksibiliti strategik dalam menghadapi persekitaran global yang semakin kompleks.
Menurutnya, Jepun kekal sebagai antara rakan dagang dan pelaburan penting Malaysia, dengan syarikat dari negara itu telah melatih beberapa generasi jurutera tempatan, memperkenalkan proses pembuatan berteknologi tinggi serta terus mengekalkan operasi di Malaysia.
Katanya, hubungan ekonomi kedua-dua negara turut kekal kukuh walaupun berdepan pelbagai cabaran termasuk Krisis Kewangan Asia, Krisis Kewangan Global dan pandemik.
“Malah, perdagangan dua hala Malaysia-Jepun meningkat 11.8 peratus kepada AS$23.3 bilion dalam tempoh tujuh bulan pertama tahun ini, berbanding tempoh sama tahun lalu,” katanya.
Johari berkata, terdapat kesalingan yang kukuh antara Malaysia dan Jepun dalam beberapa bidang strategik, termasuk keselamatan ekonomi, makanan dan tenaga serta daya tahan rantaian bekalan kritikal.
Kedua-dua negara turut memberi tumpuan kepada sektor strategik yang sama seperti semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), infrastruktur digital, pembuatan termaju dan tenaga hijau.
Beliau berkata, Jepun juga mempunyai keupayaan yang boleh membantu Malaysia beralih kepada segmen rantaian nilai semikonduktor yang lebih canggih, selain membuka ruang kepada syarikat tempatan meningkatkan keupayaan teknologi.
Malaysia, katanya, turut mahu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan bukan sekadar menjadi pembekal kepada syarikat multinasional yang beroperasi di Malaysia, malah mampu menembusi rantaian bekalan global.
Berita berkaitan
September 2, 2026, 2:36 pm
Jamil Khir direman lima hari bantu siasatan RCI Tabung Haji
September 2, 2026, 2:08 pm
'Dia nak pergi tengok, biarlah' - Rafizi tegur benda kecil pun mahu politikkan
September 2, 2026, 12:12 pm
Pelancong wanita El Salvador maut akibat langgar lari ketika berjalan kaki dekat hotel di Pasir Puteh
September 2, 2026, 12:07 pm
Hukum solat tersalah waktu di luar negara bergantung jenis kesilapan
September 2, 2026, 12:02 pm
Kerajaan larang penayangan drama 'Madu atau Racun' sentuh sensitiviti
September 2, 2026, 10:29 am
'Saya cuma hadir untuk lihat sambutan rakyat’ - Tun M jelaskan kehadirannya di Putrajaya pada Hari Kebangsaan
September 2, 2026, 10:04 am
Empat laporan diterima, polis 'jemput' lelaki cetus provokasi Hari Kebangsaan tampil ke IPD Putrajaya
September 2, 2026, 9:52 am
