TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Hukum solat tersalah waktu di luar negara bergantung jenis kesilapan

By
|
Kongsi
image

PETALING JAYA, 2 September – Hukum solat bagi individu yang tersalah mengikut waktu solat ketika berada di luar negara adalah bergantung kepada jenis kesilapan waktu berkenaan, menurut Dekan Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr Mohd Izhar Ariff.

Beliau menjelaskan bahawa ibadah solat dikira sah sekiranya ia dilaksanakan selepas masuk waktu solat di negara berkenaan, meskipun seseorang itu terkeliru dan merujuk kepada waktu di Malaysia.

Bagaimanapun, sekiranya solat dilakukan sebelum masuk waktu di negara tempat individu itu berada, kesemua solat fardu berkenaan dikira tidak sah serta wajib diqada, namun pelaku tidak ditanggung dosa.

Bagi kes solat yang ditunaikan selepas tamat waktunya akibat kesilapan pengiraan, pelaku juga tidak berdosa tetapi tetap diwajibkan menggantikan semula kesemua solat yang terlepas itu.

Kenyataan berkenaan dikeluarkan bagi mengulas perkongsian pelakon Janna Nick di media sosial berhubung insiden tersalah waktu solat selama tiga hari ketika berada di luar negara, dengan menyarankan supaya waktu setiap solat yang telah dilaksanakan disemak semula mengikut keadaan hukum yang ditetapkan.

+ - reset