TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kerajaan larang penayangan drama 'Madu atau Racun' sentuh sensitiviti

By
|
Kongsi
image

PUTRAJAYA, 2 September – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menolak penayangan drama bersiri "Madu atau Racun" berikutan tindakan pihak penerbitan menerapkan elemen yang menyentuh sensitiviti agama serta norma budaya tempatan hingga mencetuskan keresahan masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan menegaskan bahawa sebarang penerapan unsur yang bertentangan dengan ajaran Islam dan budaya ketimuran perlu dibendung demi memelihara akidah serta moral generasi muda.

Beliau menjelaskan bahawa prinsip Islam amat mengutamakan pemeliharaan kesucian institusi kekeluargaan, manakala pemaparan gaya hidup songsang adalah bercanggah sama sekali dengan nilai murni kehidupan beragama.

Bagi menangani isu berkenaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan untuk menyemak kandungan dan mengambil tindakan berpandukan Garis Panduan Penapisan Kandungan Bahan-Bahan Penyiaran Berunsur Islam serta undang-undang sedia ada.

Zulkifli turut menyeru penggiat seni dan stesen penyiaran agar lebih peka serta bertanggungjawab menjadikan garis panduan rasmi sebagai rujukan utama supaya media dimanfaatkan sebagai medium membina sahsiah bangsa dan bukannya mencetuskan polemik.

+ - reset