TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

'Saya cuma hadir untuk lihat sambutan rakyat’ - Tun M jelaskan kehadirannya di Putrajaya pada Hari Kebangsaan

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 2 Sept - Sambutan Hari Kebangsaan 2026 di Putrajaya membuktikan dakwaan kononnya golongan muda tidak lagi menghargai kemerdekaan adalah tidak benar, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau hadir ke Perarakan Merdeka di Putrajaya bagi melihat sendiri sambutan rakyat terhadap hari bersejarah negara berkenaan.

Malah, beliau melahirkan rasa gembira melihat sambutan yang masih hangat, khususnya dengan penyertaan golongan muda daripada pelbagai kaum.

“Saya ke Perarakan Merdeka di Putrajaya untuk melihat sambutan rakyat. Saya gembira kerana sambutannya masih hangat.

“Tidak benar dakwaan kononnya anak muda tidak menghargai kemerdekaan. Saya melihat ramai anak muda Melayu, Cina dan India dalam kalangan pemerhati. Wajah mereka ceria dan jelas mereka sedang menyambut kemerdekaan seolah-olah baru merdeka selepas dijajah,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Pada Isnin, Dr Mahathir, 101, mencuri perhatian apabila hadir ke Dataran Putrajaya bagi memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026.

Menerusi siaran langsung TikTok @chedetofficial, negarawan itu dilihat melambaikan tangan kepada pengunjung sambil menaiki kerusi roda elektrik.

Kehadiran beliau sebelum ini turut mendapat perhatian ramai sehingga Urus Setia Sambutan Hari Kebangsaan 2026 tampil memberikan penjelasan berhubung tatacara pengurusan jemputan yang berkuat kuasa bagi sambutan berkenaan.

Dalam pada itu, Dr Mahathir berkata, semangat patriotisme dalam kalangan anak muda amat penting bagi memastikan negara terus dipertahankan dan kekal kukuh.

“Semangat seperti ini akan mengekalkan negara. Tiada yang lebih mulia daripada mempertahankan negara tercinta,” katanya.

+ - reset