Berita Berita
Guru mengaku tidak bersalah 'sentuh' dua murid lelaki di luar dewan makan, bilik warden
SEREMBAN 3 Sept - Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua murid lelaki berusia 11 dan 12 tahun di sebuah sekolah di Jelebu, tahun lalu.
Tertuduh, Muhamad Hairul Wakiman, 46, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Tasnim Abu Bakar selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kedua-dua mangsa bagi maksud seksual.
Kesalahan itu didakwa dilakukan antara 28 Julai hingga 9 Ogos 2025 di asrama, luar pekarangan dewan makan, bilik belajar dan bilik warden sebuah sekolah di Pertang, Jelebu.
Semua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Norazihah Asmuni menawarkan jaminan RM15,000 bagi setiap pertuduhan berserta beberapa syarat tambahan.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin yang bukan kakitangan kerajaan.
Mahkamah turut menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh atau wakilnya dilarang sama sekali mengganggu mangsa, wakil mangsa dan saksi pendakwaan.
Tertuduh juga diarahkan melaporkan diri di balai polis berhampiran kediamannya pada setiap 1 haribulan sehingga kes selesai, selain menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 2 Oktober.
Berita berkaitan
September 3, 2026, 2:12 pm
Asyraf Wajdi tolak desakan berundur jawatan Pengerusi MARA
September 3, 2026, 2:09 pm
'Penjelasan perlu diberikan' - Pengerusi TH dedah Tan Sri Madinah tidak bercakap benar
September 3, 2026, 1:37 pm
Dakwaan Malaysia buka pintu untuk 200,000 pekerja Bangladesh, ini jawapan Fahmi
September 3, 2026, 1:14 pm
'Bila-bila masa pun kami sedia’ - Selepas BN, PAS juga bersedia hadapi PRU16 lebih awal
September 3, 2026, 1:04 pm
Penyatuan UMNO-PAS demi umat Islam, bukan kepentingan mana-mana parti - Dusuki
September 3, 2026, 12:46 pm
Bekas COO Tabung Haji jalani rawatan sakit jantung, pertuduhan rasuah ditangguh
September 3, 2026, 11:12 am
Akmal Saleh, delegasi Pemuda UMNO hadir Muktamar Dewan Pemuda PAS di Kota Bharu
September 3, 2026, 11:04 am
