TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Percutian warga Malaysia bertukar cemas, bilik dipecah masuk suspek tempatan di Indonesia

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 4 SEPTEMBER - Percutian sebuah keluarga dipercayai warga Malaysia dari Sarawak bertukar menjadi detik mencemaskan apabila tempat penginapan mereka di Indonesia dipecah masuk seorang lelaki tidak dikenali dalam kejadian awal pagi tadi.

Peristiwa mengerikan itu dikongsikan oleh salah seorang ahli keluarga terbabit menerusi sebuah hantaran di media sosial menggunakan akaun bernama Mawaris. 

Menurut perkongsian tersebut, suspek yang disyaki di bawah pengaruh dadah memulakan tindakan itu dengan cuba merempuh pintu bilik tidur bahagian hadapan yang dihuni oleh tiga ahli keluarga wanita, termasuk dua remaja di bawah umur.

Selepas gagal memecahkan pintu pertama, suspek yang dipercayai warga Indonesia itu kemudian beralih ke bilik berhampiran untuk merempuh pintu bilik adik-beradik mangsa. 
Mujur ketika kejadian, ahli keluarga dewasa lain masih belum tidur nyenyak selepas berkumpul di dalam bilik, sekali gus menyedari kelakuan suspek itu.

Keadaan lebih cemas apabila ibu saudara mangsa sempat bertembung mata dengan suspek sebelum pihak polis sampai. 

Insiden itu diakui meninggalkan trauma yang mendalam buat mangsa dan ahli keluarga lain yang berada di lokasi kejadian.

Ancaman bertukar selamat selepas pihak keselamatan tempat penginapan tersebut tiba di lokasi untuk mengawal situasi sebelum suspek diserahkan kepada pihak polis tempatan. 

+ - reset