Berita Viral
'Rezeki malam Jumaat' langgar anak gajah, pemandu dikecam bawa laju di jalan kampung
KUALA LUMPUR 4 SEPTEMBER - Niat untuk berkongsi kejadian terlanggar haiwan liar bertukar menjadi punca pertikaian apabila seorang pengguna, bubumisskhan, menerima kecaman daripada orang ramai berikutan satu insiden membabitkan seekor anak gajah di kawasan Perani, Kota Tinggi.
Kejadian yang berlaku pada waktu malam itu menyaksikan kenderaan itu terlanggar seekor anak gajah yang sedang melintas jalan bersama kumpulannya.
Walaupun hantaran asal dimuat naik dengan nada berseloroh mengenai kelibat haiwan berkenaan yang keluar "briskwalk" pada waktu malam, rakaman kamera papan pemuka (dashcam) menunjukkan senario berbeza yang memancing kemarahan ramai.
Menerusi paparan kelajuan pada rakaman video tersebut, kenderaan terbabit dilihat bergerak pada kelajuan sekitar 73 km/j sejurus sebelum rempuhan berlaku, manakala had kelajuan yang ditetapkan bagi laluan kawasan kampung berkenaan adalah 60 km/j.
Pengguna media sosial meluahkan rasa kesal kerana pemandu didakwa tidak mematuhi papan tanda amaran gajah melintas yang sedia ada di sepanjang jalan tersebut.
Ruangan komen dihujani pelbagai reaksi netizen yang bimbang akan keselamatan serta keadaan fizikal haiwan liar berkenaan.
Sebagaian besar orang ramai mempertanyakan tindak balas refleks pemandu yang dinilai agak lambat serta kegagalannya untuk mengelak ke arah ruang jalan kosong.
Beberapa pengguna lain turut menyuarakan simpati terhadap anak gajah tersebut yang dikhuatiri mengalami kecederaan dalaman akibat impak rempuhan itu, sambil menggesa pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) untuk turun padang bagi melakukan pemantauan serta rawatan lanjut.
Berita berkaitan
September 5, 2026, 12:41 pm
Sekeluarga cemas lepas individu tak dikenali mengamuk depan pintu rumah
September 5, 2026, 7:55 am
Nahas lori ayam halang semua lorong NKVE arah utara
September 4, 2026, 5:47 pm
'Post' buat-buat tanya pasal bunyi, ramai dakwa wanita mahu minta tolong cara senyap
September 4, 2026, 4:49 pm
Terkejut bangun tidur ada lelaki depan mata, wanita dakwa ditenung 'gatal' warga asing dalam KTM
September 4, 2026, 2:13 pm
Percutian warga Malaysia bertukar cemas, bilik dipecah masuk suspek tempatan di Indonesia
September 4, 2026, 11:28 am
Ikhtiar pelajar tahfiz laung azan di tengah laut, jasad mangsa lemas ditemui terapung
September 4, 2026, 10:42 am
Detik cemas sekeluarga dihimpit kereta di AKLEH, kes dibawa ke pihak polis
September 3, 2026, 2:20 pm
Penumpang kecewa lepas nampak bagasi dihempas walau ada 'sticker fragile' di LTAPP
September 3, 2026, 1:36 pm
