Berita Viral
Nahas lori ayam halang semua lorong NKVE arah utara
SHAH ALAM 5 SEPTEMBER - Aliran trafik di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) arah Utara terhenti sepenuhnya berhampiran Kilometer 8.4 selepas sebuah lori terbabit dalam kemalangan yang menyebabkan semua lorong di situ tertutup tengah malam tadi.
Menurut hantaran Plustrafik di media sosial, insiden itu turut memberi kesan kepada lorong kanan arah Selatan yang turut terpaksa ditutup akibat kejadian tersebut.
Orang ramai yang menggunakan laluan berkenaan dinasihatkan supaya keluar melalui Plaza Tol Setia Alam sebagai laluan alternatif memandangkan pergerakan kenderaan arah Utara dilaporkan tidak bergerak langsung.
Kesesakan panjang turut menyebabkan beberapa pengguna jalan raya yang terperangkap di lokasi kejadian berkongsi gambar dan video menerusi media sosial.
Berdasarkan paparan yang tular, lori terbabit dipercayai membawa muatan ayam sebelum terbabit dalam kemalangan itu.
Seorang pengguna Threads, @mainorhanis, memuat naik rakaman video yang menunjukkan lebuh raya itu terhalang sepenuhnya susulan sebuah struktur dipercayai papan tanda yang tumbang dan menutup kesemua lorong arah Utara.
Sementara itu, satu lagi rakaman yang dikongsikan oleh pengguna @azam_lampard pula memaparkan keadaan ayam-ayam bergelimpangan di atas permukaan jalan, manakala lori yang membawa haiwan berkenaan dilihat terbabas dan merempuh pembahagi tengah jalan raya.
Setakat ini, punca sebenar kemalangan serta status mangsa yang mungkin terlibat masih belum disahkan secara rasmi.
Berita berkaitan
September 5, 2026, 12:41 pm
Sekeluarga cemas lepas individu tak dikenali mengamuk depan pintu rumah
September 4, 2026, 5:47 pm
'Post' buat-buat tanya pasal bunyi, ramai dakwa wanita mahu minta tolong cara senyap
September 4, 2026, 4:49 pm
Terkejut bangun tidur ada lelaki depan mata, wanita dakwa ditenung 'gatal' warga asing dalam KTM
September 4, 2026, 3:21 pm
'Rezeki malam Jumaat' langgar anak gajah, pemandu dikecam bawa laju di jalan kampung
September 4, 2026, 2:13 pm
Percutian warga Malaysia bertukar cemas, bilik dipecah masuk suspek tempatan di Indonesia
September 4, 2026, 11:28 am
Ikhtiar pelajar tahfiz laung azan di tengah laut, jasad mangsa lemas ditemui terapung
September 4, 2026, 10:42 am
Detik cemas sekeluarga dihimpit kereta di AKLEH, kes dibawa ke pihak polis
September 3, 2026, 2:20 pm
Penumpang kecewa lepas nampak bagasi dihempas walau ada 'sticker fragile' di LTAPP
September 3, 2026, 1:36 pm
