TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Post' buat-buat tanya pasal bunyi, ramai dakwa wanita mahu minta tolong cara senyap

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 4 SEPTEMBER - Niat asal seorang pengguna media sosial yang berkongsi rakaman kamera papan pemuka (dashcam) bagi bertanyakan punca bunyi pelik dalam keretanya bertukar menjadi perhatian ramai.

Ini apabila pengguna media sosial mengesan sesuatu yang lebih membimbangkan dalam video berkenaan.

Pemilik akaun sugarcandy.sweet baru-baru ini memuat naik hantaran menyatakan bahawa kenderaannya sering mengeluarkan bunyi sejak tahun lalu, sama ada ketika dipandu mahupun semasa diletakkan di petak parkir. 

Beliau yang runsing mendakwa telah memeriksa serta mengemas ruang dalaman kereta namun gagal menemui sebarang serangga atau puncanya, sekali gus meminta pandangan orang ramai mengenai kemungkinan asal-usul bunyi itu.

Bagaimanapun, tumpuan orang ramai tidak terarah kepada isu teknikal kereta berkenaan. 
Sebaliknya, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa bimbang dan mendakwa video dikongsi itu sebenarnya mengandungi isyarat senyap daripada seorang wanita yang berkemungkinan berada dalam bahaya serta memerlukan bantuan segera.

Ruangan komen hantaran berkenaan dibanjiri pelbagai reaksi netizen yang mendapati interaksi fizikal dan situasi di dalam rakaman itu kelihatan mencurigakan. 

Sebahagian besar pengguna media sosial berpendapat isu bunyi kenderaan hanyalah alasan untuk menarik perhatian umum bagi menyampaikan mesej tersirat mengenai keselamatan dirinya. 

Netizen turut menggesa pemilik akaun berkenaan untuk mengemaskini keadaan terbaharunya.

+ - reset