TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Terkejut bangun tidur ada lelaki depan mata, wanita dakwa ditenung 'gatal' warga asing dalam KTM

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 4 SEPTEMBER - Pengalaman menaiki kenderaan awam bertukar menjadi detik mencemaskan buat seorang wanita apabila mendakwa berdepan tindakan kurang menyenangkan daripada sekumpulan lelaki warga asing ketika menaiki Keretapi Tanah Melayu (KTM). 

Kejadian itu dikongsikan oleh @q4s_hh yang turut memberi peringatan kepada golongan wanita supaya sentiasa berwaspada, khususnya apabila bergerak berseorangan di tempat awam.

Menurut perkongsian wanita itu, kejadian bermula apabila dia yang berada dalam keadaan letih akibat berjalan seharian membuat keputusan untuk duduk di koc biasa kerana koc wanita kelihatan penuh. 

Tanpa mengesyaki sebarang perkara buruk, dia terlelap seketika di tempat duduknya.

Bagaimanapun, suasana tenang itu bertukar menjadi ketakutan apabila dia terjaga daripada tidur dan mendapati seorang lelaki berbaju oren berada berhampiran tiang di hadapannya. 

Menceritakan semula detik itu, mangsa yang pada mulanya dalam keadaan mamai menyangka lelaki terbabit hanya mahu turun di stesen berikutnya. 

Namun, tanggapan itu meleset apabila lelaki berkenaan mula pusing di sekitar tempat duduk sambil memberikan tenungan tajam yang membuatkannya berasa sangat tidak selesa dan takut.

Perasaan tidak sedap hati mangsa semakin menebal apabila melihat lelaki berbaju oren itu kembali duduk bersama rakan-rakannya, lalu meneruskan perbuatan merenungnya sepanjang perjalanan. 

Bagi memastikan keselamatan serta mengumpul bukti, mangsa berpura-pura mengambil foto secara 'selfie' sambil merakam gelagat kumpulan lelaki berkenaan walaupun berada dalam keadaan menggigil ketakutan.

Mangsa yang tidak lagi sanggup berdepan situasi itu akhirnya mengambil kesempatan untuk melarikan diri ke koc wanita sebaik sahaja menyedari dua penumpang wanita di hadapannya bersedia untuk turun di stesen seterusnya. 

Dia yang kini menyuarakan rasa serik untuk keluar berseorangan berasa bertuah kerana keadaan koc wanita ketika itu sudah mula lengang dan selamat.

Perkongsian berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga netizen yang turut meluahkan rasa bimbang akan keselamatan wanita di tempat awam. 

Seorang pengguna, @muhammad_abdullah9794, mendakwa sesetengah warga asing sering memberikan pandangan sedemikian dengan tanggapan bahawa ia satu respons positif.

Manakala pengguna lain, @aleeyajohn dan @shakirahrashid turut berkongsi pengalaman serupa dan menggesa golongan wanita agar sentiasa berani serta berhati-hati dengan persekitaran mereka.

+ - reset